Bina Rumah Burung Walit Dengan Nilai Rm 10000.

Kkb- 15/07/2011 ( Khamis ). Pernah anda dengar-dengar atau dapat tahu ada Penternak Burung Walit yang berjaya pada hari ini bermula dengan membina RBW dengan hanya berbekal dengan Modal Permulaan sekitar Rm 10000 sahaja pada asalnya dan kini Mampu membina RBW  sekitar Rm 500k, Percaya atau tidak? Tepuk dada tanyalah selera…

Benar memang benar kini ternyata ramai yang sudah melakukan sedemikian kaedahnya. Mungkin terdapat kekurangan modal untuk memulakan perniagaan ini, mungkin juga masih lagi rasa ragu-ragu akan kerugian yang bakal dialami sejurus selepas pembinaan dijalankan.

Ada dikalangan penternak yang mengeluarkan Modal sebanyak ini untuk Ubah Suai rumah kedai tinggat atas hanya menghabiskan sekitar Rm 10000 namun masih mendapat untung sehingga ke hari ini, percaya atau tidak terpulang kepada pendirian masing-masing tapi hakikat senbenarnya memang BENAR .

Terdapat juga penternak walit di negara jiran menggunakan Loteng dijadikan tempat pembiakan Burung Walit kerana ketandusan Modal, ini bermakna modal yang dibelanja kan sudah semestinya bawah Rm 10000, tidak mustahil benda ini terjadi.

Masalah Besar timbul adalah kerana tidak mempunyai sebarang Tanah ini yang  menyumbang faktor kegagalan buat bakal-bakal penternak bermodal sederhana,namun sekiranya mempunyai tanah sendiri cara ini tidak mustahil lagi, apa yang penting RBW yang bakal kita bina tidak menganggu penduduk sekitarnya.

Saya sendiri pernah lihat RBW seperti ini, namun terpulang pada pilihan masing-masing bagaimana caranya mencipta kerjaya perniagaan dalam industri ini mengikut Acuan masing-masing, saya sekadar memberi pandangan dan cadangan sahaja, namun beruntung buat bakal-bakal penternak yang memang memiliki Tanah Bergeran kepunyaan kami. sekian wasalam..renung-renung dan fikir-fikirlah.

14 Respons

  1. salam kepada semua penternak sarang burung,di kesempatan ini saya ingin berkongsi pengalaman untuk membina rumah sarang walit dengan kos rm 80 ribu sahaja kita akan mendapat pulangan yang lumayan,segala urusan akan di urus oleh pihak kami;;terutama di kawasan selangor,kajang.bangi.sesiapa yang berminat hubungi saya di 0102948050,01112325779.0138664537.0389982299,0389982240

  2. klu bermodal 10k boleh x nak bermula ternakan burung walit ni, lokasi negeri sembilan felda jelai

  3. Boleh tak says dapatkan keterangan Berkenaan rumah jenis RM10k. Juga sedang dptkan sebut harga utk kos pembinaan jenis RM 100k++.
    Salam.
    Terima kasih.
    dC

  4. salam…bolh tak e-mel kan pada saya no tel n alamat kontraktor yg boleh buat rumah RBW kos sederhana di negeri sabah.

  5. salam…
    tanah dh ade tp modal xde..
    yang paling rendah pn 150k..

  6. salam….
    kayu untuk rumah burung walit guna kayu ape ye….

  7. Saya ingin memulakan perniagaan Sarang Burung Walit. Tapi tiada modal dan pengalaman? Tanah ada tapi tidak luas di Papar Sabah. Mohon bantuan dari pihak tuan.

  8. saya berasal dari pulau bum bum,semporna,sabah..sya ingin bertanya kpd saudara,adakah tempat sya sesuai untuk menternak burung walit ini?,lagipun lebih kurang pada jarak 30~40 kilometer dri kg saya terdapat satu gua semulajadi burung walit(pulau Bohey Dulang)

  9. 5k ble buat rbw..utk permulaan la.

  10. en noorman.. ko ambi ja sarang burung d gua tu ..heheh

  11. saya nk buat rumah burung walit di tanah tinggi,nk buat dua tingkat.tanah sendiri dh ade tapi saya punya modal nk buat 2 xde ade.harap tuan dapat membantu saya.

  12. assalamualikum..minta tunjuk ajar cara membuat rumah sarang…ada x plan gambar pembinaan sarang rumah…tq

Tinggalkan komen