Noorazlina pilih laman sosial Memasarkan produk secara terus kepada pelanggan

OLEH MARIATUL QATIAH ZAKARIA

30 September 2015 12:17 PM

Kolaborasi anta Noorazlina (dua dari kiri)  bersama rakan lama

Kolaborasi anta Noorazlina (dua dari kiri) bersama rakan lama yang juga personaliti terkenal, Rozita Che Wan membantu mempopularkan Rysya.

TREND pemasaran produk dan perkhidmatan melalui laman sosial seperti Instagram (IG) dan Facebook (FB) hari ini menjadi pilihan pelbagai syarikat dan individu.

Ini kerana ia dilihat sebagai satu kaedah pemasaran yang efektif dan mampu memenuhi gaya hidup masa kini yang sentiasa dihambat dengan tuntutan masa.

Melihat kejayaan yang dikecapi ramai individu yang berniaga melalui laman sosial ini secara tidak langsung telah menarik minat seorang suri rumah, Noorazlina Mohd. Noor.

Mempertaruhkan produk kecantikan hasil ilhamnya sendiri, Noorazlina tampil dengan Rysya Skincare.

Menyifatkan penggunaan media sosial sangat berkesan bagi memasarkan produk secara terus kepada pelanggan yang berpotensi ia juga dilihat satu cara yang mampu menjimatkan kos jika hendak dibandingkan pemasaran melalui media cetak atau pun media elektronik.

“Saya melalui sendiri fasa kehidupan di mana saya amat bergantung kepada kaedah pembelian produk kecantikan secara terus di kedai, pasar raya atau kompleks beli-belah.

“Namun, perubahan gaya hidup khususnya dalam teknologi maklumat hari ini menjadikan kita mempunyai banyak pilihan untuk membeli produk kecantikan dengan hanya di hujung jari.

“Jadi apa yang perlu dilakukan hanyalah memilih barangan yang dikehendaki, penuhkan lampiran tempahan, lakukan pembayaran secara dalam talian seterusnya barang akan diperoleh satu atau dua hari kemudiannya,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Pernah bekerja sebagai seorang pramugari selama 11 tahun, Noorazlina tidak terkecuali terasa keperitan untuk membeli produk kecantikan yang diinginkan.

Walaupun sering terbang ke pelbagai destinasi, tidak semua yang dikunjungi mempunyai produk kecantikan yang diinginkan.

Perkara tersebut menjadi lebih serius apabila produk kecantikan yang sering digunakan kehabisan dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya.

Bagaimanapun, masalah tersebut hari ini telah pun berjaya diatasi kerana laman sosial merupakan medium yang paling efektif untuk membeli pelbagai barangan dan produk.

“Kaedah pembelian dalam talian ini menjadi satu fenomena sejak akhir-akhir ini dan saya terpanggil untuk menyertai ‘demam’ jualan produk di alam maya ini.

“Permulaannya agak ragu-ragu juga untuk terlibat secara serius dalam perniagaan khususnya produk kecantikan kerana persaingan amat sengit namun sokongan padu suami yang juga merupakan seorang ahli perniagaan menjadikan saya meneruskan apa yang ingin dilaksanakan,” tutur Noorazlina lagi.

Wanita berwawasan tinggi yang berasal dari Negeri Sembilan ini, bernasib baik kerana rakan setugasnya di awan biru suatu ketika dahulu yang kini selebriti terkenal, Rozita Che Wan sedia berkolaborasi bagi menghasilkan produk kecantikan yang diberi nama Rysya.

Berbicara lebih lanjut mengenai produk kecantikannya itu, Noorazlina berkata, peningkatan usia menyebabkan kecantikan kulit semakin pudar khususnya kulit semakin kurang anjal dan kering.

Katanya lagi, jika dilihat di pasaran hari ini terdapat pelbagai jenis produk kecantikan yang boleh dipilih tetapi tidak semuanya sesuai dengan kulit masing-masing.

“Sebelum Rysya dipasarkan, saya menjadikan diri sebagai testimoni untuk melihat sendiri keberkesanannya dan mungkin orang akan berkata, sudah tentulah saya memuji keberkesanan produk keluaran syarikat sendiri.

“Hakikatnya gabungan bahan-bahan semula jadi tanpa bahan kimia mampu menganjalkan kulit dan tampil lebih segar daripada biasa,” tegasnya lagi.

Sambungnya lanjut, lima produk Rysya Skincare yang dikeluarkan oleh syarikatnya boleh dibeli secara dalam talian melalui IG atau pun FB.

Rangkaian produk Rysya skincare terdiri daripada pencuci muka, penyegar, serum, dan krim gold miracle dan ia sesuai digunakan lelaki dan wanita.

Produk-produk ini berfungsi untuk mencerahkan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata, melembap dan memberi keseimbangan pada kulit.

Scrub badan sarang burung pula dirumus daripada sarang burung walit dan sesuai digunakan sebagai agen anti penuaan, mencerah serta menganjalkan kulit.

Tinggalkan komen