Agrobank sedia RM67.7j untuk pengusaha burung walit

Posted: Mei 31, 2010 in Uncategorized
Oleh NURUL ANUAR KARI
pengarang@utusan.com.my

 

KUALA LUMPUR 26 Mei – Agrobank hari ini mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM67.7 juta sebagai kemudahan pembiayaan untuk pengusaha sarang burung walit di seluruh negara. 

Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said berkata, langkah bertujuan menggalakkan perkembangan industri yang lumayan itu selain mencapai sasaran rakyat berpendapatan tinggi mengikut Model Baru Ekonomi (MBE). 

“Kementerian Pertanian dan Asas Tani tahun ini sedang cuba mengembangkan tiga industri baru iaitu sarang burung walit, ikan arowana dan rumpai laut. 

“Untuk menjayakan program berkenaan, Agrobank telah menyediakan pinjaman untuk pengusaha burung walit sejak 2008 dan kini telah memperuntukan dana khas untuk industri yang semakin pesat membangun itu. 

“Dengan kutipan sehingga RM7,500 untuk satu kilogram sarang burung yang belum diproses dan sehingga RM18,000 bagi yang sudah diproses, tidak mustahil untuk pengusaha memperolehi sehingga RM150,000 sebulan melalui industri ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Menurutnya, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh memohon untuk pembiayaan tersebut dengan kadar faedah 3.75 peratus setelah memenuhi syarat yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan untuk tapak rumah burung walit. 

Industri sarang burung walit kini semakin rancak diusahakan di Malaysia berikutan permintaan tinggi untuk eksport ke China, Taiwan dan Hong Kong dan dijangka telah menjana pendapatan melebihi RM1 bilion setahun. 

Industri itu sebelum ini mendapat sedikit tentangan umum apabila terdapat sesetengah pengusaha mengambil jalan mudah dengan menjadikan rumah lama atau yang ditinggalkan di kawasan pekan dan bandar sebagai rumah burung walit. 

Dalam pada itu, Ahmad menjelaskan pihak Agrobank kini berminat membiayai perusahaan rumah kos rendah burung walit atau berskala kecil yang hanya memerlukan antara RM10,000 hingga RM30,000 sahaja. 

“Sebelum ini kebanyakan pengusaha membina ‘banglo’ untuk burung walit bersarang dan ini menelan kos sehingga RM600,000 terutamanya dari segi kos pembelian tanah. 

“Dengan ‘rumah kos rendah’ untuk burung walit, kita berharap lebih ramai dapat menyertai industri tersebut dan menjana pendapatan isi rumah yang lebih lumayan,” ujarnya. 

Katanya lagi, Agrobank berharap dana yang disediakan itu dapat disalurkan semuanya menjelang penghujung tahun ini dengan jangkaan pembinaan sekitar 300 rumah kos rendah burung walit di seluruh negara. 

Tambahnya, sehingga kini seramai 41 pengusaha di Semenanjung telah menerima pembiayaan berjumlah RM6.3 juta dari Agrobank untuk industri burung walit. 

Komen-komen
  1. Askum dan Salam Sejahtera.. Saya amat berminat untuk membina rumah walet setelah melihat sendiri rumah walet yang ayah saya bina di kampung. Baru 4 bulan sudah ada 8 ke 15 sarang. Oleh yang demikian, saya ingin memohon pinjaman bagi tujuan tersebut. Apakah yang diperlukan atau syarat2 untuk membuat pinjaman tersebut. 013-5778126

  2. darmansya berkata:

    askum…sya brminat tuk ceburi bidang usahawan burung walit,adakah sya layak memohon dan adakah syarat2 yg d tetapkn tuk memohon?
    -Dasha 0198834216/0145613742-

  3. redza berkata:

    bagaimana untuk saya mendapat kan pinjaman untuk membina sarang burung,saya mempunyai lakasi yang agak baik,cuma saya tidak mempunyai modal untuk mengusahakan kerana kos amatlah tinggi,kalau ade sesipa dapat membantu.. dan bagaimana cara saya untuk membuat pinjaman di bank..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s