Melabur dalam industri burung walet

Posted: November 21, 2015 in Uncategorized

KUMPULAN syarikat Swiflet Eco Park Berhad (SEPB) yang merupakan pemaju Taman Eco Burung Walet di negara ini, kini sedang membangunkan 14 projek Taman Eco Burung Walet diseluruh Malaysia dalam usaha membantu meningkatkan kedudukan negara ini sebagai pemain utama dalam industri sarang burung walit global.
Pada masa yang sama, usaha itu turut memberi manfaat kepada penduduk tempatan yang berminat menceburi industri yang sedang berkembang pesat itu dengan menyertai Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walet (ESRIS).
Skim ini dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah dengan jangkaan pulangan yang tinggi dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Aktiviti perladangan burung walet hanya sesuai di sekitar kawasan Asia Tenggara sahaja.
Sehubungan itu, skim ESRIS yang diperkenalkan oleh SEPB ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia malah mungkin satu-satunya di dunia.
SEPB selaku pelopor skim ini berhasrat mengambil kakitangan profesional dan melaksanakan pendekatan sistematik bagi membangunkan ladang-ladang burung walet dan industri sarang burung secara besar-besaran melalui penggemblengan sumber yang diperolehi melalui skim ESRIS.
Aktiviti utama kumpulan SEPB termasuk perancangan pembangunan pemasaran pembinaan dan pengurusan ladang-ladang burung walet. Selain itu, aktiviti juga termasuk penuaian sarang, pemprosesan, penyelidikan dan pembangunan, penjenamaan, penyediaan saluran jualan sarang burung dan produk–produk yang berkaitan secara borong atau runcit.
Memandangkan kadar perkembangan perusahaan perladangan dan industri sarang burung walet amat pesat, SEPB mempunyai matlamat memastikan pertumbuhan industri ini dapat dikekalkan.
Pelancaran Skim itu akan membolehkan rakyat Malaysia sama–sama memacu perusahaan perladangan dan industri sarang burung walet yang sangat menguntungkan.
Skim ini disifatkan sebagai pelaburan berisiko rendah dengan jangkaan pulangan yang tinggi. Pelabur Malaysia boleh membuat pelaburan minima satu perempat unit skim, manakala jumlah minima bagi rakyat asing ditetapkan kepada tiga unit.
Setiap unit skim ini bernilai RM11,000 dan tiada had pelaburan maksimum pelaburan ditetapkan. Pelabur boleh membuat lebih pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
Melalui skim ini, para pelabur akan terlibat dalam perusahaan perladangan burung walit berskala besar yang disahkan dan diusahakan secara bersistematik.
Ini adalah satu bentuk pelaburan yang sesuai bagi mereka yang mencari satu sumber pendapatan berterusan untuk dijadikan sebagai dana persaraan, simpanan pendidikan anak-anak, kaedah melindungi modal atau mengatasi inflasi.
Semua ini mempunyai satu matlamat iaitu demi memperolehi taraf kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, para pelabur juga dapat menikmati khasiat untuk kecantikan dan kesihatan dengan menjadi pengguna produk berasaskan sarang burung ini.
SEPB juga telah mengambil inisiatif berkerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat perubatan untuk meneroka potensi sepenuhnya sarang burung walet dalam sektor makanan yang berfungsi untuk penjagaan kulit, makanan kesihatan sampingan dan juga bahan perubatan dengan menggunakan ekstrak sarangnya.
Kumpulan itu juga menceburi aktiviti hiliran sarang burung dengan pengkomersialan produk yang unik yang diperolehi hasil daripada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang terkemuka seperti Agro-Bioteknologi Institute (ABI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada 5 Disember 2012, kumpulan SEPB telah mendapat lesen permasaran jualan langsung (MLM) untuk produk sarang burung walet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s