Swiftlet Eco Park komited bantu usahawan bumiputera

Posted: November 21, 2015 in Uncategorized

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Swiftlet Eco Park komited untuk membantu usahawan tempatan menerusi Program Pembangunan Usahawan Bumiputera (PPUB) yang akan diadakan di beberapa lokasi bermula September hingga November ini.
Pengurus Besar Pembangunan Perniagaannya, Ahmad Tarmize Mohd. Yusoff berkata, PPUB akan dijadikan platform untuk menggalakkan golongan bumiputera menceburi industri sarang burung walit yang dilihat berpotensi menjana pendapatan.
Katanya, pada masa ini penyertaan usahawan bumiputera dalam industri berkenaan pada kadar lima peratus sahaja berbanding 95 peratus oleh bangsa lain.
“PPUB juga sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu golongan orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan graduan dalam mendapatkan pekerjaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Yang turut hadir pada sesi temubual itu ialah, Pengerusi Swiftlet Eco Park, Datuk Seri Abdullah Fadzil Che Wan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Chee Hong.
Dalam menjayakan lagi program berkenaan, Swiftlet Eco Park akan bekerjasama dengan beberapa institut perbankan bagi menyediakan dana kepada usahawan memerlukan.
Menerusi PPUB, mereka berminat boleh memilih untuk menyertai Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit (Esris) atau membuka spa mahupun kiosk menjual produk daripada ekstrak sarang burung itu.
Pendaftaran penyertaan ke PPUB adalah percuma dan bakal bermula pada 5 September ini di Muar, Johor dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian 03-6257 0088 untuk maklumat lanjut.
Swiftlet Eco Park mempunyai 600 rumah burung di seluruh negara dan telah menghasilkan hampir 50 produk berasaskan sarang burung walit meliputi produk kecantikan, makanan tambahan kesihatan dan gaya hidup.
Syarikat tersebut baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GiatMara Sdn. Bhd. bagi menyediakan platform latihan dan pembangunan keusahawanan kepada 5,000 lepasan GiatMara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s