Salam dan salam sejahtera kepada rakan-rakan,pembaca,owner serta pembekal sarang walit semuanya. Syarikat kami memerlukan tambahan lagi 100kg untuk bulan April ini iaitu sarang walit :

  1. Sarang walit Rumah yang belum dibersihkan.
  2. Pelbagai Saiz dan gread sarang walit.
  3. saya buka untuk pengusaha/pembekal sarang walit di malaysia dahulu.
  4. Whatsup gambar serta nyatakan harga jualan sarang walit tuan-tuan melalui no tel saya : 0192361080 ( syukrilan ).
  5. Untuk tambahan 100 kg lagi sarang walit bagi bulan April ini.
  6. Sila whatsup sebiji sarang walit yang jelas kepada saya untuk memudahkan urusan jual beli dengan saya.
  7. Yang betul-betul nak jual sarang walit sahaja boleh menghubungi saya.

Contoh sarang walit yang belum dicuci dan pelbagai Gread/kualiti ( lihat contoh gambar di bawah ini).

IMG-20160226-WA0024

IMG-20131217-01040

IMG-20131217-01050

IMG-20160226-WA0025

20131209_204254

Bekalan Sarang Burung Walit 2016

Posted: Januari 26, 2016 in Uncategorized

Salam sejahtera di ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog sarang burung ini terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengusaha-pengusaha rumah yang sudah menghubungi kami bagi membekalkan sarang burung walit kepada syarikat kami pada bulan ini sehingga kan saya sendiri tak cukup rehat  apabila handpone bateri weak apabila para pengusaha rumah burung menghubungi saya setiap masa.

Seronok juga berurusan dengan tuan-tuan, insyaallah kami akan datang ke ladang walit tuan-tuan sedikit masa lagi bagi membeli stok sarang walit tuan-tuan. Saya minta tuan-tuan bersabar ini kerana kami akan menjalankan urusan jual beli sarang-sarang burung satu-persatu pengusaha rumah burung yang ada di malaysia.

kami akur tidak dapat untuk melakukan urusan jual beli sarang walit secara serentak ke tempat tuan-tuan jadi kami harapkan tuan-tuan sudi memahami kesibukan yang kami alami dan bersabar dengan sebaik mungkin agar urusan pembelian  sarang-sarang burung walit akan berlangsung dengan mudah .

Kepada en Azmi bin daud yang marah-marah tadi saya minta maaf kerana lambat balas msg tuan, saya berharap tuan faham akan kesibukan yang saya alami dan minta bersabar kerana esok saya akan menghubungi tuan, walaupun stok sarang burung tidakla banyak, kami berjanji akan membelinya dengan deal harga yang kami berikan kepada tuan.

Kepada Pengusaha sarang walit dari Indonesia kami mohon untuk tuan-tuan bersabar ini kerana kami akan lakukan urusan pembelian sarang burung walit di Malaysia terlebih dahulu. kami faham rata-rata pengusaha walet dari negara jiran-jiran jauh belaka dan minta bersabar,apapun kami tetap akan membuat belian sarang burung tuan-tuan.

Untuk hari ini sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghubungi kami dari awal subuh tadi  yang tidak putus-putus menghubungi kami insyaallah giliran stok sarang burung tuan-tuan akan kami lakukan.

Kepada yang pengusaha – pengusaha sarang burung walit yang lain yang berminat dan ingin menjalankan urusan jual beli sarang burung walit kepada kami, kami alu-alukan untuk menghubungi saya di talian : 0192361080 ( syurilan ).

Tuan-tuan boleh whatsup kepada saya insyaallah jika tiada halangan saya akan menghubungi tuan-tuan segera. Mohon kerjasama agar tuan-tuan hantarkan gambo sarang burung walit tuan dengan keadaan gambo yang terang dan jelas, sekiranya gambar sarang burung walit tuan-tuan hantar gelap dan tidak jelas saya sukar untuk menentu harga akan sarang tersebut, tolong ambil perhatian akan hal ini agar urusan jual beli berjalan lancar sepenuhnya terima kasih.

 

 

 

25.01.2016

 

Kami memerlukan bekalan sarang burung walit sekitar 5 kilogram konsisten pada setiap bulan pengeluarannya.

Jenis sarang burung walit Rumah sahaja diperlukan pada masa ini, Berminat sila hubungi saya di no Tel :

syukrilan : 019-2361080.

Up to date : 25.01.2016 isnin

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung-pengunjung serta para pengusaha-pengusaha Sarang Burung Walit 2016.

Disini saya ingin memaklumkan syarikat kami sudah bersedia untuk membeli sarang -sarang burung walit dari RBW tuan-puan sebanyak yang mungkin. Kepada yang ingin menjual hasil dari sarang burung walit masing-masing maka bolehlah menelifon atau whatsup saya melalui no telifon yang tertera bi bawah ini.

Segala pertanyaan boleh lag menghubungi saya ni tel di bawah ini

Kuantiti yang di cari atas 5 kilogram sarang burung walit RUMAH untuk setakat ini, sila whatsup dan hantar gambar-gambar sarang walit tuan melalui no tel dibawah ini untuk memudahkan urusan Jual / Beli sarang burung walit tuan-puan.

Berminat sila hubungi no telifon whatsup / call : 019-2361080 ( syukrilan ).

Kuala Kubu Bharu. 21.11.2015

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan Malaysia yang benar-benar mengambil berat serta memfokuskan akan Industri Sarang Burung Walit ini, walaupun harga sarang walit masih rendah harganya di malaysia namun kita harus berbangga kerana Pasaran Walit kita terutamanya di malaysia akan benar-benar pulih sepenuhnya melalui kebijaksanaan rakyat yang memfokuskan pembikinan produk melalui sarang burung walit ini.

Walaupun ketika ini harga sarang walit masih lagi lemah di negara ini namun berita gembira ini akan berhasil sepenuhnya dan senyuman yang memgembirakan bakal pengusaha-pengusaha walit di negara ini.

Jadi rebutlah peluang-peluang keemasan ini untuk menambah baik sistem ekonomi keluarga dalam menceburi diri dalam Industri  Penternakan Burung Walit yang memberi keuntungan berlipat kali ganda keuntungannya.

Syabas saya ucapkan kepada pengusaha-pengusaha prudok berasaskan sarang burung walit yang sememangnya mahir menciptakan produk kesihatan yang bakal tembus di negara-negara besar tidak lama lagi..tahniah saya ucapkan kerana anda pemangkin pertumbuhan ekonomi Negara, sekian terima kasih.

 

 

 

Pemilik rumah burung walit ditahan

Posted: November 21, 2015 in Uncategorized

KUANTAN 16 Dis. – Seorang pemilik rumah burung walit ditahan bersama tiga pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga Indonesia yang ditemui mati dengan kesan hentakan di kepala di Jalan Lipis-Kechau dekat Kuala Lipis Ahad lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supritendan Abdul Razak Hassan, empat lelaki itu yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun kini ditahan reman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis.
“Mereka ditahan beberapa jam selepas mayat mangsa ditemui oleh pemilik sarang burung walit itu dengan keadaan mayat ditutup dengan kanvas.
“Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, mayat mangsa juga sudah dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian semalam dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mangsa Abdul Rohim, 42, yang baru lima bulan bekerja sebagai buruh binaan di negara ini ditemui mati pada pukul 5.30 petang Ahad lepas dalam keadaan mayat yang telah berbau dan kesan kecederaan di kepala. – BERNAMA

KUMPULAN syarikat Swiflet Eco Park Berhad (SEPB) yang merupakan pemaju Taman Eco Burung Walet di negara ini, kini sedang membangunkan 14 projek Taman Eco Burung Walet diseluruh Malaysia dalam usaha membantu meningkatkan kedudukan negara ini sebagai pemain utama dalam industri sarang burung walit global.
Pada masa yang sama, usaha itu turut memberi manfaat kepada penduduk tempatan yang berminat menceburi industri yang sedang berkembang pesat itu dengan menyertai Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walet (ESRIS).
Skim ini dianggap sebagai pelaburan berisiko rendah dengan jangkaan pulangan yang tinggi dan diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Aktiviti perladangan burung walet hanya sesuai di sekitar kawasan Asia Tenggara sahaja.
Sehubungan itu, skim ESRIS yang diperkenalkan oleh SEPB ini bukan sahaja yang pertama di Malaysia malah mungkin satu-satunya di dunia.
SEPB selaku pelopor skim ini berhasrat mengambil kakitangan profesional dan melaksanakan pendekatan sistematik bagi membangunkan ladang-ladang burung walet dan industri sarang burung secara besar-besaran melalui penggemblengan sumber yang diperolehi melalui skim ESRIS.
Aktiviti utama kumpulan SEPB termasuk perancangan pembangunan pemasaran pembinaan dan pengurusan ladang-ladang burung walet. Selain itu, aktiviti juga termasuk penuaian sarang, pemprosesan, penyelidikan dan pembangunan, penjenamaan, penyediaan saluran jualan sarang burung dan produk–produk yang berkaitan secara borong atau runcit.
Memandangkan kadar perkembangan perusahaan perladangan dan industri sarang burung walet amat pesat, SEPB mempunyai matlamat memastikan pertumbuhan industri ini dapat dikekalkan.
Pelancaran Skim itu akan membolehkan rakyat Malaysia sama–sama memacu perusahaan perladangan dan industri sarang burung walet yang sangat menguntungkan.
Skim ini disifatkan sebagai pelaburan berisiko rendah dengan jangkaan pulangan yang tinggi. Pelabur Malaysia boleh membuat pelaburan minima satu perempat unit skim, manakala jumlah minima bagi rakyat asing ditetapkan kepada tiga unit.
Setiap unit skim ini bernilai RM11,000 dan tiada had pelaburan maksimum pelaburan ditetapkan. Pelabur boleh membuat lebih pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.
Melalui skim ini, para pelabur akan terlibat dalam perusahaan perladangan burung walit berskala besar yang disahkan dan diusahakan secara bersistematik.
Ini adalah satu bentuk pelaburan yang sesuai bagi mereka yang mencari satu sumber pendapatan berterusan untuk dijadikan sebagai dana persaraan, simpanan pendidikan anak-anak, kaedah melindungi modal atau mengatasi inflasi.
Semua ini mempunyai satu matlamat iaitu demi memperolehi taraf kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, para pelabur juga dapat menikmati khasiat untuk kecantikan dan kesihatan dengan menjadi pengguna produk berasaskan sarang burung ini.
SEPB juga telah mengambil inisiatif berkerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat perubatan untuk meneroka potensi sepenuhnya sarang burung walet dalam sektor makanan yang berfungsi untuk penjagaan kulit, makanan kesihatan sampingan dan juga bahan perubatan dengan menggunakan ekstrak sarangnya.
Kumpulan itu juga menceburi aktiviti hiliran sarang burung dengan pengkomersialan produk yang unik yang diperolehi hasil daripada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang telah dijalankan bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan yang terkemuka seperti Agro-Bioteknologi Institute (ABI), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Universiti Perubatan Antarabangsa, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada 5 Disember 2012, kumpulan SEPB telah mendapat lesen permasaran jualan langsung (MLM) untuk produk sarang burung walet.