Kemana Hilang Pengusaha Burung Walit Melayu Malaysia 2018

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada Pengunjung-pengunjung Blog dan kepada Silent Reader juga.

Sudah sekian lama saya juga tidak Up To Date Blog ini, kerana saya telah melakukan Pelbagai cara untuk menaikkan Industri Perwalitan di Malaysia namun ianya senpi.

Memang begitu ramai yang berjaya dan menjadi Jutawan dalam industri Burung Walit Ini tapi di Monopoli oleh Bangsa Bukan Melayu, jadi kemana hilangnya Pendekar-pendekar walit Melayu Ini ? Adakah sudah berputus asa, sudah memberhentikan operasi perwalitan, gagal..?

Untuk pengetahuan penternak-penternak burung walit di Malaysia, Pasaran Burung walit di malaysia sudah mencecah Rm 7000 untuk Kategori Gred AAA 1 kilogram bulan Jun 2018, iaitu harga mentah.

Kemana kah hilang nya perniaga-perniaga melayu ini, marilah kita berganding bahu memacu Ekonomi Rakyat Malaysia.

Ramai yang menganjurkan Kursus – kursus walit tapi ramai yang tidak mampu membangun Rumah Burung Walit di semenanjung berbanding Sabah & Serawak yang maju 1 tapak dari semenanjung.

Ramai yang membangunkan Rumah Burung Walit tapi ramai yang gagal, burung walit tidak masuk membuat sarang dalam RBW. Ramai yang beranggapan Industri Perwalitan menemui Jalan kegagalan.

Kebanyakkan Pengusaha menemui jalan kegagalan di sebabkan Tiada ilmu yang cukup dalam Industri ini.

Ada yang mempunyai Ilmu tapi tiada Modal, Tiada Tanah Sendiri seperti saya, saya Rhedo namun hampir 8 tahun saya memberi informasi melalui blog ini saya tetap menanam Cita-cita akan membina RBW suatu hari nanti, Insyaalah suatu hari nanti pencapaian saya berhasil dalam industri ini.

Permintaan terhadap sarang walit tahun 2018 amat di luar jangka sehingga kini walaupun negara jiran mempunyai Bekalan yang banyak namun permintaan terhadap sarang Burung walit masih tidak mencukupi.

Ada juga Pengusaha Burung Walit Melayu yang Berjaya dan menjadi Jutawan hanya berdiam diri dan tidak mahu berkongsi ilmu kepada yang lemah, sepatutnya perlu ada sikap tolong menolong di antara satu dengan yang lain. Bagaimana Negara Malaysia boleh jadi Negara Kaya sedangkan rakyat sendiri tiada sikap bantu membantu dalam segala Aspek Perniagaan berstatus Mewah ini.

 

Tinggalkan komen