Swiftlet Eco Park meterai MoA 
dengan firma Indonesia.

Posted: November 21, 2015 in Uncategorized

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Swiftlet Eco Park Bhd. (SEPB)memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat terkemuka Indonesia, PT Group Sukses Internesia Indonesia melalui Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit.

Ketua Pegawai Eksekutif SEPB, Tan Chee Hong berkata, MoA itu melibatkan 20,000 unit skim pelaburan dengan nilai sebanyak RM220 juta.
Katanya, perjanjian tersebut merupakan antara medium terbaik bagi merealisasikan kerjasama strategik untuk memperluaskan pasaran pelaburan di peringkat antarabangsa khususnya Indonesia.
“Menerusi memorandum ini, PT Sukses Internesia menjadi syarikat pertama dari Indonesia yang telah melihat skim ini sebagai medium yang boleh menjana pendapatan lumayan dan secara selamat.
“Indonesia merupakan negara kedua yang telah menandatangani MoA bersama SEPB selepas Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Seria (KPPMS) dari Brunei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
MoA itu telah ditandatangani oleh Tan Chee Hong dan Pengarah PT Group Sukses Internesia, Adiwardana Tarigan. Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Swiftlet Eco Park, Datuk Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan, Pengarah Urusan SEPB, Loke Yeu Loong dan Pengurus PT Group Austofido Solid Niagatama, Harris Febrian Aison.
Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit merupakan skim pelaburan yang pertama di Malaysia yang diberi kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s