SATU KEAJAIBAN

Kota mekah sedang diliputi malam. Malam yang pekat sehingga sukar melihat orang berjalan amat terasa akan kesuyiannya.

Sayup-sayup kedengaran pada malam itu  suara Nabi s.a.w memecah kesunyian dengan membaca ayat-ayat  qur’an di dalam rumah banginda. Diluar rumah banginda seolah-olah ada baying-bayang manusia yang sedang mengintip.

Ketengangan pada masyarakat Mekah dirasai sejak nabi keluar berdakwah di siang hari  mengajak mereka ke jalan yang benar.Tetapi tentangan kian bertambah hebat, namun Nabi berpantang undur  dan ingin mengugat ketenangan hati orang-orang besar dan ternama Quraisy, malahan juga sebilangan pengikut-pengikut Nabi s.a.w.

Orang-orang Quraisy kini telah memikirkan satu rencana penetangan kepada Muhammah pada siang hari. Manakala orang-orang islam menebalkan keimanan dalam hati mereka agar tidak lemah menghadapi tekanan-tekanan musuh Islam itu.

Pada masa itu, ketika Nabi s.a.w membaca Qur’an , diluar rumah banginda terdapat tiga bayangan manusia iaitu orang – orang ternama Quraisy yang dating dari arah berlainan . Masing-masing memikirkan baginda bersendirian tanpa ada siapa yang melihat. Sebenarnya mereka ingin mengetahui  apakah yang dikerjakan oleh Nabi s.a.w di tengah malam itu. Ketiga-tiga mereka Abu Jahal, Sufyan bin Harb dan AKhnas syarik.

Suara Nabi Muhammad s.a.w yang berkumandang membaca ayat suci Qur’an itu telah mempersonakan mereka, meresap menusuk mempengaruhi  jiwa masing-masing tanpa disedari  telah menitiskan air mata, terlupa dirinya sebagai tokoh musyrik yang selalu menentang Muhammad.setelah mereka tersedar dari pesonaan itu barulah disedari air mata yang membasahi pipi. Namun antara mereka bertiga masih tidak menyedari bahawa baginda tidak berseorangan hanya kepekatan malam  yang gelap itu yang memisahkan mereka  bertiga. Setelah mengusap air mata , mereka pun berlalu kearah datangnya dahulu dengan senyap-senyap agar tidak ada orang lain tahu.

Tanpa diduga, mereka bertiga bertemu, tidak seorang pun membuka bicara, mungkin kerana takut didengari orang lain. Tetapi dalam hati masing-masing  sudah meneka akan apa yang telah dilakukan kawannya.

“ Engkau mendengar  ayat-ayat Qur’an yang dibaca Muhammad ketika bersalat sepanjang malam sampai  terbit fajar?”

“Bukanlah itu yang berlaku?” demikian Abu Jahal bertanya .

“Benar, aku kira engkau juga demikian ,” jawab Sufyan bin Harb.

Abu Jahal tidak menjawab, diam, tetapi wajahnya segera berubah kerana kata-kata AKhnas.

Melihat Abu Jahal yang berubah air mukanya, AKhnas tidak berkata-kata lagi khuatir akan menyebabkan ketengangan .

Akhirnya masing-masing mencela sikap yang lain kerana mahu mendengar Muhammad membaca Al-Qur’an . Bagaimana nanti jika masyarakat Mekah mengetahui perbuatan mereka?  Sudah tentu mereka akan diejekan dan dihinalah martabat mereka di mata umum. Siang hari mereka mencela Muhammad tetapi malam hari mendengar bacaan Muhammad.

“Jangan diulangi lagi perbuatan ini, kelak boleh menimbulkan perbuatan yang salah.” Demikian mereka bertiga berjanji. Mereka pun berpisah.

Bila malam menjelang lagi, ketiga-tiga kenamaan quraisy itu tanpa mengingatkan janji yang telah dibuat mereka malam sebelumnya, telah keluar menuju kerumah Nabi s.a.w  satu sama lain  mengira hanya dia sahaja yang melakukannya, yang lain tidak. Tetapi alangkah terkejutnya mereka bertiga dalam perjalanan pulang, mereka bertemu lagi dijalan. Bacaan Muhammad yang pertama kali mereka mendengar telah menarik hati mereka untuk mendengarnya lagi. Maka mereka sekali lagi mengutuk satu sama lain di atas perbuatannya dan mereka bertiga berjanjin lagi tadak akan membuat pengintipan itu dan melanggar janji.

Apabila malam menjelang lagi, Abu Jahal, Sufyan  dan AKhnas seolah-olah tidak mahu bahawa ada janji-janji  yang patut dipatuhi. Dengan kehendak Allah, pada malam yang ketiga ini setelah mendengar bacaan Nabi s.a.w , mereka bertemu lagi. Dalam perjumpaan kali ini mereka berjaji sesungguhnya  tidak akan mengulanginya  bagi mengelakkan dari sampai diketahui masyarakat mereka.

Pada kali ini mereka benar-benar mematuhi janji itu. Pada satu  hari AKhnas  dengan bertongkat berjalan menuju ke  rumah Abu Sufyan kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan  pendapat dan rasa hati masing-masing setelah mendengar ayat-ayat Qur’an yang dibaca Muhammad.

“Wahai Abu Hanzalah (gelaran Abu Sufyan ), cuba katakan kepada hamba akan apa pendapat engkau tentang apa yang kita dengari dari ayat-ayat yang dibaca Muhammad ,” Tanya Akhnas.

“Wahai Abu Tsalabah ( gelaran AKhnas ), demi Allah, sesungguhnya aku mendengar apa-apa  yang aku ketahui dan aku tahu maksudnya. Tetapi aku dengar pula yang aku tidak mengetahui  makna dan isinya,” Jawab Abu Sufyan.

“Demi Allah,aku  juga begitu,”jawab Abu Akhnas pula.

Setelah mengetahui pendapat Abu Sufyan, ia segera kembali dan pergi  pula ke rumah Abu Jahal bagi mengetahui apa pula pendapatnya.

“Wahai Abu Hakam ( gelaran Abu Jahal ), apa pendapat engkau tentang apa yang dibaca  Muhammad.” Pertanyaan AKhnas.

Abu Jahal tidak segera menjawab . Beliau berdiam sejenak berfikir kerana beliau tidak ingin menyatakan isi hatinya.

“Apa yang engkau dengar?”

“kita selalu berlumba-lumba hidup dengan keluarga Bani Abdul Manaf ( nenek moyang Nabi s.a.w ) dalam mencari  kemulian. Mereka memberi fakir miskin makan , kita pun demikian juga. Mereka memikul beban masyarakat, kita pun berbuat sama. Mereka member kita juga pemberi sehingga bila kami berhadapan  dalam kenderaan berkuda yang berjalan pantas , mereka berkata: “Dari golongan kami ada Nabi Yang mendapat wahyu dari langit , maka bila kita dapat menandinginya.”

Abu Jahal diam tanpa member apa-apa ulasan di atas kata-katanya itu. Akhnas pun dapat merasakan bagaimana besar rasa kedengkian di dalam jiwa Abu Jahal. Dalam kata-kata itu sudah terkandung isi hatinya. Memberi  kebenaran yang yang dibawa oleh Muhammad  kerana sifat nafsu keangkuhan pada dirinya.

“Demi Allah, kita tidak akan membenarkan dan mempercayai Muhammad itu!” demikian Abu Jahal mengakhiri katanya.

Akhnas pun berlalu meninggalkan Abu Jahal yang tenggelam dalam nafsu hasad dengki. Dalam perjalanan pulang itu AKhnas berbisik dalam hatinya:

Bila semua kita beriman kepada Muhammad , nescaya Tuhannya yang menurunkan Kitab, akan menolongnya dalam menghadapi kita . Beliau akan tetap menang pada akhirnya.

Demikian alkisah yang terjadi, keajaiban yang berlaku oleh kekuasaan Allah jua dan Muhammad sebagai Rasul Allah mereka musuhi dan yang pasti Allah akan tetap menolong Muhammad s.a.w sehingga mencapai kejayaan.