Antara teruja & berjaga-jaga.

Posted: November 21, 2015 in Uncategorized

SEPERTI kebanyakan bakal ibu lain yang pastinya teruja menantikan kelahiran zuriat sulung dalam keluarga, begitulah keadaannya dengan Fouziah Gous, 32.

Kuala Lumpur 09 Jun 2015 - Fauziah Gous pada pertunjukan fesyen

Dia yang dijangka bersalin pada penghujung tahun ini mengakui dalam keterujaan, ada debar yang dirasakan.
“Bohonglah kalau sebagai bakal ibu, saya tidak bergembira dengan kelahiran zuriat pertama saya. Sudah pastilah saya teruja.
“Begitu juga keadaannya dengan suami (Zhafran Yusof) yang tak pernah berhenti tersenyum sejak menerima perkhabaran tentang kehadiran orang baharu dalam hidup kami itu.
“Pun begitu, saya tidak boleh teruja sepanjang masa. Kena berhati-hati dan tidak boleh terlalu lasak,” katanya yang kini sedang hamil 13 minggu.
Berkongsi cerita, kata Fouziah, dia bersyukur kerana tidak mengalami alahan pada awal kehamilan malah tidak mengidam sesuatu sehingga kini.
Malah katanya, dia masih melakukan aktiviti harian termasuk bersenam seperti keadaan sebelum disahkan mengandung.
“Saya masih aktif dan bebas untuk melakukan aktiviti kegemaran saya. Memang pada mulanya saya bimbang juga.
“Tapi atas nasihat doktor, dia membenarkan saya meneruskan aktiviti dan bekerja seperti biasa asalkan saya tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu berat.
“Saya juga bersyukur kerana sehingga hari ini, saya belum mengidam (makanan) yang pelik-pelik,” katanya sambil mengakui seleranya lebih kepada makanan berasaskan karbohidrat.
Boleh menikmati juadah dan makan nasi lebih lima kali dalam sehari, bagaimanapun Fouziah memberitahu, dia bersyukur kerana berat badannya tidak naik.
Malah dia juga terus mengamalkan pengambilan makanan tambahan daripada sarang burung walit yang diusahakannya kerana khasiatnya yang baik untuk tubuh dan kulit.
Mengulas tentang persediaan untuk menerima cahaya mata pula, kata Fouziah:
“Terus terang, saya masih belum lagi membuat persiapan. Begitu juga dengan pemilihan nama anak, saya dan suami masih belum membincangkan perkara tersebut dengan teliti,” katanya.
Fokus
Mengubah topik kepada kerjaya, pelakon itu memberitahu, tumpuannya kini lebih kepada mengacara program Nona.
Malah kerana terikat dengan kontrak program berkenaan sehingga penghujung tahun ini, Fouziah memberitahu, dia ‘bercuti’ sementara daripada dunia lakonan.
“Dalam keadaan saya ini, rasanya lebih baik kalau saya fokus kepada satu-satu kerja. Saya tidak boleh tamak menerima tawaran berlakon dan mengacara secara serentak.
“Lagipun sekarang ini urusan membabitkan promosi produk makanan kesihatan sarang burung walit yang saya usahakan juga banyak.
“Dengan keadaan saya yang hamil juga membuatkan saya rasa ini bukan masa sesuai untuk berlakon.
“Saya bersyukur kerana pihak produksi yang memberikan saya tawaran memahami situasi ini,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s