Saya naik pening dengan sikap Pembeli dan Penjual SBW 2013.

Salam sejahtera dan jutaan terima kasih kerana masih lagi melayari Laman Blog ini,semoga bermanfaat buat semua.

Saya ingin menyatakan bahawa saya berasa kecewa dengan sikap pembeli dan penjual sbw, kadang-kadang dengan sikap tamak segelintir penjual dengan pembeli sbw benar-benar memusingkan benak saya,ada kalanya saya rasa mereka  mempermainkan kejujuran yang saya hulurkan.

PENJUAL/PEMBEKAL SBW.

Perlu juga saya ingatkan agar penjual tidak terlalu /demand akan bakal sarang walit yang mahu dijual. Harap maklum tuan-tuan harga sbw belum lagi tinggi harganya.

Oleh yang demikian sarang walit tuan-tuan akan sukar dijual atau mungkin harga sarang walit tersebut jatuh harga kerana di simpan sekian lama.

Bagi pengusaha walit yang sudah ada pembeli sbw tetap saya ucapkan tahniah dan selamat menikmati rezeki dari langit.

Apa yang saya faham buat masa ini sarang walit gred A sahaja yang menjadi rebutan pembeli-pembeli sbw di malaysia. Yang menghairankan kenapa sbw Gred B dan Gred C sukar dijual atau dibeli  buat masa ini ?Yang ini saya sendiri pun tidak tahu kenapa ?

PEMBELI SBW

Dalam kes si pembeli sbw juga memeningkan kepala saya, sekejap nak beli stok sbw sekejap sudah ada stok sbw.

Kadang-kadang harga sbw yang hendak di beli pembeli banyak berubah-ubah,sekejap tinggi-sekejap rendah,nampak sangat mahu mengaut keuntungan secara peribadi.

Maaf lah kalau ada yang terasa, ini adalah luahan hati saya sendiri apabila berhadapan dengan 3 pembeli sbw yang berurusan dengan saya ketika ini,saya jadi tidak keruan, hilang fokus.

Dalam situasi tolong menolong yang saya lakukan, saya juga mahu kan sedikit keuntungan dalam urusan jual beli sbw ini, sebab saya berurusan dengan sesiapa sahaja,saya mengeluarkan modal saya terlebih dahulu. Jadi perlu lah ada keuntungan, biar sama-sama untung baru ada fair.

Saya tidak faham kenapa ada sikap si pembeli sbw walit seperti ini,dapat sikit-sikit untung kira ok lah.

PENJUAL SUARA BURUNG WALIT

Pengakuan saya selaku Admin Blog burungwalit.wordpress.com pada awal nya kalau dilihat sebenarnya memang saya adalah salah seorang penjual suara burung walit sampai kehari ini.

Tiada sebarang masalah buat pelangan/bakal pengusaha rumah walit yang membeli suara burung walit dari saya secara online atau juga berjumpa dengan saya secara direct dan ada juga membeli suara walit ini hingga datang ke rumah saya.

Namun begitu sejak akhir-akhir penghujung tahun 2013 ini saya kerap di hubungi oleh Pembeli-pembeli sbw dari Malaysia bertanyakan akan stok sbw dari pengusaha walit di malaysia.

Ada yang memerlukan bekalan sarang burung walit sehingga 100kg setiap minggu dan memerlukan saya untuk mencari akan bekalan sbw sebanyak itu. Jadi saya fikir ini adalah satu peluang membantu para pengusaha rumah burung walit menjual sbw mereka daripada di simpan begitu lama hingga menyebabkan harga sarang walit jatuh, disamping mendapat sedikit keuntungan buat saya dari usaha ini.

Saya juga manusia biasa seperti tuan-tuan memerlukan sedikit pendapatan keluarga bagi meneruskan kehidupan ini, tak ada niat saya untuk makan besar atas aktiviti jual beli sbw ini atau senang kata ” untung atas angin ”

Ada niat untuk memulakan usaha untuk membina Rumah Burung Walit ini tapi apa kan daya saya hanya mampu melihat sahaja rumah burung walit baru tesergam indah di bina para usahawan walit saban tahun. Ada ilmu namun tidak ada modal susah juga.

Ini adalah sekadar renungan,pesanan serta pendapat saya semata-mata tidak ada niat saya untuk memperlekehkan sesiapa sekiranya ada yang terasa saya mohon maaf sangat-sangat, kalau boleh biarlah sama-sama untung dan ingat-ingat lah orang di belakang kita, sudi lah kiranya membantu saudara-saudara islam kita yang jauh ketinggalan di belakang seperti saya ini.

Jadi terpulang kepada pendirian tuan-tuan untuk menilai akan renungan admin blog ini iaitu saya ” syukrilan ” owner blog burungwalit.wordpress.com. Saya tidak memaksa tuan-tuan untuk mempercayainya namun tuan-tuan perlu ingat ” Usaha Untuk Hidup Perlu Diteruskan Juga Demi Sesuap Nasi ”

 

5 Respons

  1. Harga SBW tak ada yang ditetapkan. macam-macam perkara berkaitan

    Assalamualaikum tuan/puan,
    Saya ada tanah lot lidi untuk dijual.
    Tanah Lot Untuk Dijual Di Bukit Selambau, Kedah
    Tanah Lot 55′ x 75′ , sesuai untuk tapak rumah atau bangunan. Lokasinya di Bukit Selambau , Kedah iaitu berhampiran Pekan Bukit Selambau, jalan besar Bukit Selambau, 300 meter di belakang Sek. Keb. Bukit Selambau, berhampiran menara telekomunikasi dan kilang kayu.
    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/11/hartanah-3.html
    SUSU KAMBING / KOPI SUSU KAMBING / GOAT MILK / GOAT MILK COFFEE
    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/susu-kambing-kopi-susu-kambinggoat-milk.html
    Kopi Nanduk GOLD
    http://hartanahpropty.blogspot.com/2013/12/kopi-nanduk-gold.html
    http://www.bio-asli.com/?id=neorise
    http://www.bioasli.com/?id=neorise
    http://www.tvbioasli.com/?ref=neorise
    http://www.bioasli.co.uk/?ref=neorise
    http://www.prepaid.bioasli.com/?ref=neorise
    http://hartanahpropty.blogspot.com/

  2. haha ye boss…terima kasih sebab bagi komen nanti saya hubungi tuan ok…ini no tel saya…

  3. Saya perlukan bekalan sarang burung walit URGENT sebanyak Minimum 150kg/minggu Maximum 500kg/minggu Grade C.Mohon hubungi saya 0142202104 Saya perlu tengok sample dahulu dan face to face dengan Penjual.Jika perlu kita boleh buat MOU.Pasaran saya ke Vietnam.Puas hati PAY CASH di tempat anda.Kos pengangkutan semua saya tanggung.Harga yang anda tawarkan ialah harga bersih.Tuan sediakan SBW…Saya bayar…Anda cuci tangan shj.Alhamdulillah jika ada yang sudi bekalkan.tq

  4. Salam Tuan, sy ada sprang burung walit liar.. Berminat utk Beli sila hubungi 0136916808…

Tinggalkan komen