Dua jenis lesen diperlukan ternak burung walit secara komersial

Posted: November 3, 2010 in Uncategorized

KUCHING 2 Nov. – Kerajaan negeri telah menetapkan syarat supaya dua jenis lesen diperlukan untuk penternakan burung walit secara komersial di negeri ini yang kedua-duanya dikeluarkan oleh Jabatan Hutan Sarawak.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri, Mohd. Naroden Majais berkata, dua jenis lesen tersebut adalah lesen membina, mendiri dan menyelenggarakan bangunan atau struktur untuk menternak burung walit serta lesen menternak burung walit.

Menurutnya, sebelum lesen penternakan burung walit secara komersial boleh dipertimbangkan untuk kelulusan, pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hutan Sarawak.

”Antara syaratnya adalah menghantar permohonan lengkap kepada Kontroler Hidupan Liar yang kemudiannya akan merujuk kepada jabatan serta agensi yang terlibat seperti Jabatan Tanah dan Survei, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan serta Jabatan Penerbangan Awam untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas.

”Hasil maklum balas daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, Jabatan Hutan akan mengemukakan permohonan berkenaan kepada Majlis Perancangan Negeri (SPA) untuk kelulusan tapak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Julaihi Narawi (BN-Sebuyau), Datuk Wan Abd. Wahab Wan Sanusi (BN-Sadong Jaya) dan Abu Seman Jahwie (BN-Jemoreng) pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-16 di sini semalam.

Selain itu, Mohd. Naroden memberitahu, setelah mendapat kelulusan SPA, permohonan akan dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk kelulusan pelan bangunan dan setelah siap dibina, permohonan perlu dikemukakan bagi mendapat lesen penternakan burung walit daripada Kontroler Hidupan Liar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, kerajaan telah menerima sebanyak 1,111 permohonan lesen penternakan burung walit sejak 2008 hingga Oktober tahun ini.

Tambahnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 248 lesen untuk membina bangunan termasuk dua lesen penternakan burung walit telah diluluskan oleh kerajaan dan selebihnya masih dalam proses penilaian serta pemeriksaan.

”Sejak 2008 sehingga 15 Oktober lalu, Sarawak telah menghasilkan sejumlah 6,705.4 kilogram pengeluaran sarang burung dengan anggaran nilai eksport berjumlah RM26.8 juta jika mengambil kira harga pasaran tempatan iaitu RM4,000 sekilogram,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Naroden berkata, pemantauan terhadap pembinaan rumah burung walit di Sarawak merupakan aktiviti yang berterusan dan dikendalikan oleh Jabatan Hutan dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan pemeriksaan sebanyak dua kali telah dilakukan sepanjang tahun lalu hingga Mac tahun ini.

Katanya, hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan, sebanyak 418 rumah sarang burung walit dikenal pasti dan masih dalam siasatan kerana menjalankan aktiviti secara haram.

Tegas beliau, kerajaan telah mengeluarkan notis amaran terhadap pemilik premis yang mendirikan bangunan burung walit secara haram dan mereka dinasihatkan supaya mengemukakan permohonan secara sah.

”Malah, beberapa siri dialog dan taklimat telah diadakan kepada mereka yang berminat termasuk pengusaha-pengusaha sedia ada dalam industri sarang burung walit ini,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s