Pengusaha sarang burung dan bekalan sbw 2014

Posted: Disember 11, 2013 in walit Post

Terima kasih kerana berurusan dengan saya dan menghantar gambar-gambar sbw yang ingin dijual melalui email saya: syukrilan@gmail.com. Saya akan menghubungi tuan-puan selepas membuat penilaian harga ke atas sbw tersebut dan membuat perbincangan dengan tuan selanjutnya,mohon beri kerjasama sepenuhnya,sekian terima kasih.

20131125_175643_resized_1

20131209_204254

rm 1400

SBW2

Keseragaman Harga Sarang Walit

-Terdapat rakan-rakan penternak menyarankan agar  sbw yang  di stabil harganya atau senang kata diseragamkan sama.Memang baik rasanya cadangkan itu namun bagi saya ianya agak sukar sebab terdapat ada pelbagai jenis walit sbw walit di malaysia.

Ada sarang walit bercampur sarang seriti,sarang lumt,sarang bulu,sarang pink calour dan sebagainya. Ini semua mempunyai nilai harga yang berbeza-beza.

Namun begitu ada juga sarang walit yang disimpan terlalu lama akan menyebabkan harganya jatuh sepenuhnya, namun sekiranya sbw tersebut telah di dicuci dan digreadkan mengikut saiz standart piawai dan mengikut saiz diperlukan oleh pembeli mungkin juga boleh dipertimbangkan dan boleh diseragamkan harganya.

Dari segi harga juga berbeza-beza dan memang sukar di tentukan sebab terdapat juga di kalangan penternak yang menjual hasil sbw mereka sesama penternak juga,adakah ini juga dikatakan sebagai orang tengah.

Untuk mendapat harga yang benar-benar maksima dan lumayan kita perlu jual terus kepada pembeli dari negara china iaitu direct buyers mereka di sana baru harga sbw walit terjamin sepenuhnya.

Rasanya ramai yang sudah sedeia maklum memang sukar untuk mendapatkan direct buyers dari china disebabkan negara tembok besar ini mengawal ketat akan industri ini dan perlu mengikut standart yang dikeluarkan dari negara china itu sendiri. Dalam situasi seperti ini apa perlu kita lakukan..?

Untuk makluman tuan-puan buyers yang ada sekarang adalah merupakan buyers yang datang nya dari pengusaha-pengusaha produk berasaskan minuman kesihatan produk walit. Kilang-kilang produk kesihatan walit yang masih lagi membeli sarang-sarang walit kita sehingga kehari ini. Terus terang saya katakan produk-produk kesihatan yang di pek atau dibotolkan sahaja dapat menembusi pasaran besar negara china.Mereka lebih senang membeli atau lebih kepada membeli produk sbw yang di telah dibotolkan dan tidak bimbang akan kualiti yang telah dibotolkan kerana telah dibersihakn dan di botolkan bersih sepenuhnya.

Kita harus memberikan pujian dan merasa bangga akan usaha rakan-rakan yang mengeluarkan produk -produk walit sehinga ke hari ini permintaan terhadap sbw walit masih setabil dan terjual walaupun ramai yang tahu harga sarang walit tidak semahal seperti dahulu lagi. Namun desas desus ada yang mengatakan sbw akan kembali pulih seperti biasa namun bila..??

Jadi terpulanglah pada pandangan masing-masing dan penilaian masing-masing akan harga sarang burung walit yang ada ketika ini, Kerajaan berusaha mengembalikan serta memulihkan pasaran sbw ini namun adakah kita mampu untuk mematuhi syarat-syarat ketat dari negara kuasa besar ini,jadi tak perlulah kita untuk menyalahkan kepada sesiapa sahaja berkaitan industri ini,saya tidak memihak kepada mana-mana pihak namun inilah renungan dan penelitian saya terhadap industri ini.

Cadangan saya, ada bekalan sbw tak perlu lah simpan sampai warna sudah bertukar kekuningan, jika ada yang nak beli jualkan sahaja, tak rugi sebab burung walit saban hari ada yang membuat sarang melainkan tuan-puan sudah ada pembeli yang sanggup membeli dengan harga yang tinggi.itu pilihan tuan-puan sendiri menentukannya.

Rasanya sampai disini dulu posting saya,sekiranya ada yang rasa kurang enak dibaca saya mohon maaf sesangat,siapa lah saya disisi tuan-puan.Semoga apa yang saya tuliskan dapat memberikan manfaat kepada semua dan salam maju jaya dari saya sekian terima kasih.

Komen-komen
  1. Salim Mat Rahim berkata:

    Saya pengusaha rumah burung walet dan ada sbw rumah mau d jual dengan penghasilan terkini 1kg/bulan dan semakin meningkat pengeluarannya. Stok tersedia dalam 3kg. Lokasi di Kota Kinabalu Sabah. Sesiapa berminat boleh hubungi saya melalui hp no. 0164419355. Harga boleh dirunding. Terima kasih.

  2. erwan berkata:

    Call sy,saya ada sdikit sarang brung walit..0176893320 iwan,area klang

  3. Rosadi ak ugit berkata:

    Saya ada stok sarang burung walet pelbagai bentuk dan jenis mau dijual.Berminat sila hubungi saya 012-8744478. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s