Berita baik buat pengusaha SBW malaysia 29.11.2013

Posted: November 29, 2013 in Uncategorized

Terlebih dahulu ribuan terima kasih buat pengunjung/sahabat/pengusaha yang tidak putus-putus melayari Laman Blog ini, walaupun negara kita menghadapi kesukaran,kepayahan dalam proses menjual sbw pada tahun sudah dengan keberkatan tuan-tuan meneruskan usaha dalam perwalitan yang dulu nya hampir kusam kini bermula lah dengan berita yang amat gembira kita terima iaitu Permintaan terhadap sbw sudah benar-benar pulih sepenuhnya.

Maklumat yang saya perolehi ini adalah dari kalangan Pembeli-pembeli sbw yang terkini yang kerap menelifon saya saban hari mengenai stok sarang walit.

Aktiviti terbaru kalangan pembeli sbw kini sedang membuat penawaran/penelitian terhadap harga walit yang ada sekarang dan banyak bertanyakan pendapat kepada saya tentang harga sbw yang ada sekarang.

Syabas saya ucapkan kepada seluruh pengusaha walit malaysia dan negara jiran ini khabar gembira yang saya terima terhadap sbw serta permintaan terhadap sbw di malaysia.

Apa yang saya tahu buat masa ini harga sbw gread A mentah adalah sekitar Rm 1900 per/kg,mungkin juga telah naik di sesetengah kawasan dan negeri.

Disini saya mencadangkan agar harga sbw perlu dinaik seperti harga-harga sebelum ini, jika tidak tuan-tuan para pengusaha lah yang mengalami kerugian sedangkan orang tengah sudah merima keuntungan yang tinggi dari sbw walit tuan-tuan sekarang.

Tak adil rasanya harga sbw masih murah lagi pada hari ini,sedangkan permintaan terhadap sbw sudah benar-benar pulih sepenuhnya,terpulang lah pada tuan-tuan untuk menetukan harga yang terbaik buat masa sekrang.

Saya selaku admin blog ini akan berkongsi maklumat sekiranya perlu apabila menerima berita yang baik buat tatapan pengunjung yang ada disini,ini tugas saya, memang kalau nak diikutkan saya akui saya sudah lama tidak menyiarakan artikel-artikel walit serta dan mengemaskini blog ini disebabkan banyak komitmen perlu diselesaikan.Namun begitu saya akan kemas kini blog ini dari masa kesemasa.

Semoga dengan ada khabar gembira ini,saya berharap tuan-tuan terutama pengusaha sbw boleh menaikan harga sbw tuan-tuan sekarang agar Industri SBW malaysia menguntung negara.

Buat para pengunjung  serta sahabat-sahabat perwalitan yang ingin menjual sbw mereka bolih lah meninggalkan no tel,nyatakan tempat,harga,nama tuan-tuan agar senang dihubungi para pembeli sbw selepas ini, ini adalah saranan pembeli yang menelifon saya.

Untuk menjaga privat pembeli-pembeli sbw yang terkini saya tidak dapat menyediakan no tel mereka di laman blog ini saya mohon maaf akan hal ini, jadi cadangan saya agar tuan-tuan lah yang perlu menyediakan maklumat tentang sbw yang mahu dijual di ruangan JUAL DAN BELI SARANG BURUNG WALIT di bahagian komen,sekian terima kasih.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s