Agrobelia moden dan glamor

Posted: November 29, 2013 in Uncategorized

TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

 

SELEPAS mendirikan rumah tangga, pelakon Fouziah Ghous kini mahu lebih memberi fokus kepada dunia perniagaan. Bukan serik atau ‘mengalah’ kepada pesaing-pesaing dalam industri yang sama, Fouziah, 30 sebaliknya yakin akan masa depan yang lebih gemilang berjaya dikecapi dalam dunia perniagaan yang diceburi.

SELEPAS mendirikan rumah tangga, pelakon Fouziah Ghous kini mahu lebih memberi fokus kepada dunia perniagaan. Bukan serik atau ‘mengalah’ kepada pesaing-pesaing dalam industri yang sama, Fouziah, 30 sebaliknya yakin akan masa depan yang lebih gemilang berjaya dikecapi dalam dunia perniagaan yang diceburi.

Baru mendirikan rumah tangga dengan Md. Zhafran Mohd Yusof pada September lalu, pelakon jelita ini memilih untuk lebih fokus dalam berniaga produk kesihatan berasaskan sarang burung walit.

Dia mempelajari selok belok perniagaan sarang burung walit selama setahun dan ingin mengajar masyarakat khususnya orang Melayu mengenai kebaikan pemakanan produk tersebut yang sebelum ini diterajui bangsa Cina.

“Banyak orang kita yang tidak tahu bahawa perniagaan sarang burung walit antara perniagaan yang sangat menguntungkan. Bagi orang Cina, sarang burung ini adalah emas dan boleh menjana kewangan yang besar dan hebat,” kata Fouziah sewaktu berkongsi pengalaman dalam seminar Agrobelia Moden dan Glamor pada Karnival Kerjaya Agro Belia 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC).

Seminar anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) yang diacara pelawak Nabil turut menampilkan empat artis popular yang bergiat dalam bidang perniagaan dan pertanian iaitu Razali Hussain, Fizo Omar, Norayu Damit dan Fouziah sendiri.

Menurut Fouziah, sebelum memulakan perniagaan ini, dia telah menjalani kursus dan mempelajari mengenai apakah burung walit sehingga ia menghasilkan sarang.

“Antara objektif saya selain mahu memulakan perniagaan sendiri saya mahu masyarakat Melayu mengenali perniagaan ini yang mana antara khasiat burung walit ini baik untuk menjaga kesihatan mata, asma dan ia adalah ejen terbaik untuk memulihkan sistem pernafasan serta memperkuatkan paru-paru,” katanya.

Jelasnya lagi, sarang burung Walit juga memangkin pertumbuhan sel, kulit dan penggunaan sarang burung secara jangka panjang akan mencantikkan permukaan kulit.

Fouziah yang menjadi pengedar di bawah nama My Walet Bird Nest, akan mengedarkan produknya itu ke beberapa farmasi di seluruh negara dan setakat ini ia masih dalam persiapan label sebelum ia dilancarkan.

Sementara itu, walaupun perniagaan penternakan lembunya tidak begitu menjadi tetapi Razali Hussain, 37, tidak pernah patah semangat untuk terus mencuba nasib menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

Kegagalan lalu tidak memutuskan harapannya untuk bergelar petani berjaya namun kini dia beralih kepada bidang pertanian pula kerana dia percaya kalau berbudi pada tanah, pasti tidak akan rugi.

“Saya masih berminat dengan bidang pertanian tetapi bukan penternakan. Saya sedang mencari tanaman apa yang sesuai untuk diusahakan mengikut kehendak pasaran dan tanah yang saya ada sekarang. Kegagalan saya menternak lembu dulu kerana selepas membuat kajian saya terus mengusahakannya tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang penternakan terutamanya daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA).

“Selepas ini saya akan terus pergi kepada mereka agar kegagalan lalu tidak berulang lagi. Saya mahu cuba bidang pertanian pula dan sedang berfikir untuk memulakannya di Pahang kerana di sana banyak tanah yang berpotensi untuk dimajukan dalam sektor pertanian.

“Kali ini saya akan mendapatkan khidmat nasihat daripada MOA yang mana mereka juga ada menyediakan geran untuk memulakan usaha tani ini. InsyaAllah saya akan memulakannya tahun depan.” katanya.

Razali masih aktif berlakon dan menyanyi namun selepas bergelar suami kepada Nik Nor Azlina, 29, pada Jun lalu dia berasa perlu ada sumber pendapatan yang kukuh demi masa depan mereka berdua dan zuriat yang bakal dilahirkan nanti. Lantas bidang pertanian menjadi minatnya.

“Ketika menternak lembu dulu, saya sudah biasa ‘bermain’ dengan haiwan itu dan pernah mengepit kepala lembu di celah ketiak saya. Bau busuk najisnya sudah lali pada panca indera saya. Keyakinan saya untuk menjadi petani berjaya semakin subur selepas dapat tahu mengenai segala kemudahan yang disediakan MOA,” katanya.

Fizo, 28, pula selain berbakat dalam bidang lakonan juga pandai memasak iaitu bakat yang diwarisi daripada ibunya, Hasnah. Lantaran itu Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar memilih perniagaan makanan iaitu Hot Burger yang dimulakan tahun lalu. Hot Burger sudah ada lebih 30 cawangan di seluruh negara.

Dalam majlis berkenaan, Fizo lebih memberi tumpuan kepada soal memberi motivasi berkaitan dunia perniagaan kepada hampir 1,000 peserta yang hadir ke acara tersebut.

“Berniaga menjadi sasaran saya untuk hari tu. Meskipun saya dikenali sebagai artis, pelakon dan pengacara, saya dapat merasakan bidang ini tidak akan kekal lama. Dunia perniagaan akan membawa kita kehadapan dan jika kena dengan caranya, mampu memberi kesenangan,” kata Fizo.

Ayu, 24, pula bersama suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin, tertarik untuk berkecimpung dalam penanaman pokok kelapa dan nanas apabila setiap kali menjelangnya sambutan Aidilfitri sukar untuk mendapatkan bekalan santan.

“Memandangkan selepas tiga tahun baru pokok kelapa mengeluarkan hasil, kami berdua turut menanam nanas yang hasilnya lebih cepat sementara menunggu hasil daripada pokok kelapa,” katanya yang juga membekalkan buah-buahan tempatan kepada peniaga di daerah Kuala Kangsar.

Turut berkongsi idea dan pandangan ialah Pengarah NATC, Daud Otheman yang banyak memberi fokus kepada bidang-bidang pertanian yang boleh diceburi oleh golongan muda, tanpa perlu menggunakan modal yang besar.

Menurut Daud, penampilan artis-artis ini penting bagi memberi contoh kepada golongan muda yang mahu menjadikan bidang pertanian sebagai kerjaya.

“Jika insan-insan popular seperti artis-artis ini sendiri mempercayai bahawa bisnes dalam bidang pertanian boleh memberi pulangan yang besar, tentunya ini lebih meyakinkan anak-anak muda kita untuk menceburi bidang yang sama.

“Bidang pertanian semakin pesat berkembang dan menjadi tarikan kepada golongan muda. Melalui seminar seperti ini, kita lebih mendekatkan lagi anak-anak muda ini dengan bidang pertanian secara lebih terperinci, ” katanya.

Tiga usahawan Agrobelia, Nordin Mat, Muzamir Mustafa dan Nadia Farhana Mohd. Fadzli turut berkongsi pengalaman perusahaan mereka di majlis yang sama. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan, Datuk Mohd. Hashim Abdullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s