2,600 hektar untuk bioteknologi

Posted: November 29, 2013 in Uncategorized

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

 

KUANTAN 15 Nov. – Kerajaan negeri menyediakan kawasan seluas 2,600 hektar yang telah dibangunkan sebagai taman khas untuk pembangunan bioteknologi.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, terdapat enam projek mega yang akan dan sedang diusahakan di kawasan berkenaan, membabitkan pelaburan kira-kira RM2 bilion.

Beliau berkata, antara projek berkenaan adalah Taman Industri Halal di Gambang yang membabitkan pelaburan berjumlah RM1.1 bilion, diusahakan bersama oleh tujuh syarikat di kawasan seluas 80 hektar.

“Projek ini dirancang bagi memastikan semua kawasan yang berada dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) mendapat manfaat dan dapat dibangunkan.

“Projek ini juga bukan saja membawa pulangan lumayan kepada pelabur, bahkan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Konvensyen Pelaburan Bioteknologi Pahang 2013 dan Pelancaran Pelan Strategik Ekonomi Pahang 2011-2015 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Razak.

Yang turut hadir Duta Besar Rusia, Lyudmila G Vorobyeva; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Adnan berkata, antara projek lain yang dibangunkan adalah Ladang Penanaman Nanas Bersepadu Rompin, Taman Gaharu, Chegar Perah, Lipis; Kuantan Biopark, Gebeng dan Zon Perladangan Burung Walit, Rompin.

Dalam pada itu beliau berkata, negeri ini akan terus menjadi penyokong utama dasar bioteknologi negara yang kini telah memasuki fasa kedua (2011-2015).

“Di sini saya juga ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri Pahang bersedia untuk menjadi tuan rumah Konvensyen BioMalaysia pada 2015,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s