Pembeli-pembeli Suara Burung Walit 2013

Posted: Oktober 19, 2013 in Uncategorized, walit Post

Askm dan salam sejahtera buat pengunjung yang pada hari ini begitu ramai mengunjungi blog saya walaupun sudah sekian lama saya tidak update Blog ini disebabkan tugas hakiki serta komitmen lain yang tidak memberika kesempatan buat saya.

Jutaan terima kasih buat pembeli-pembeli suara burung walit yg masih lagi sudi membeli suara-suara walit dari saya walaupun sudah hampir 7 tahun saya bergiat aktif dalam penjualan audio walit ini.

Terus terang saya katakan bahawasanya saya sendiri belum mempunyai RBW sampai pada hari ini,semangat ada namun saya belum mampu memiliki rbw walaupun pada saat ini ada pengusaha yang telah berjaya mengumpulkan hasil sarang dengan saiz rbw mereka sekitar 3×3 yang begitu kecil namun masih berjaya mengumpul hasil dengan modal tidak sampai Rm 10k iaitu rakan baru saya dari Sabah yang rasa begitu hebat yang mana saya sendiri tidak terfikir akan kaedah yang beliau jalankan memberikan hasil yang sangat lumayan setiap bulan, setakat ini beliau adalan pengusaha pertama yang saya kenali memiliki rbw seluas 3×3 yang terkecil di malaysia.

Kita sedia maklum pada hari ini pasaran sbw tidaklah berapa stabil namun begitu permintaan terhadap  rbw saban hari semakin meningkat walaupun dilaporkan terdapat masalah dari penjualannya 2 tahun ini.

Kita bangga,industri perwalitan merupakan satu lagi perangsang ekonomi yang terbesar buat negara malaysia pada hari ini selepas negara jiran kita Indonesia.

Buat pengusaha-pengusaha walit saya ucapkan tahniah semoga tabah menghadapi dugaan tentang pasaran sbw,saya yakin suatu hari nanti pasaran sbw malaysia akan kembali pulih seperti sediakala.Syabas buat pengusaha-pengusaha produk berasaskan sbw walit kerana anda telah menyelamatkan Pasaran sbw di malaysia ini.

Permintaan terhadap produk walit seperti minuman berbentuk minuman kesihatan telah menembusi pasaran Luar Negara dan mendapat permintaan yang amat tinggi sekali,syabas saya ucapkan.

Sekiranya ada lagi rakan pengusaha produk-produk berasaskan walit seperti ini mempelbagaikan lagi minuman berperisa walit sudah tentu kita di malaysia tidak menghadapi sebarang masalah dalam penjualan sbw.

Harapan saya semoga usaha-usaha perternakan industri sarang diteruskan seperti sediakala,dimana ada usaha di situ ada kejayaan sekian terima kasih..

Komen-komen
  1. sugi berkata:

    Salam Tuan, saya berminat untuk mengetahui teknik pembuatan rumah walit bersaiz 3X3 tersebut. jika tuan tidak keberatan bolehlah memberikan maklumat berkenaan kepada saya. Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s