Eksport semula sarang burung walit positif

Posted: Oktober 7, 2013 in utusan

 

PUTRAJAYA 27 Mei – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkeyakinan kerajaan China akan memberikan keputusan positif bagi membolehkan produk itu dieksport semula ke negara itu tidak lama lagi.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, bagaimanapun, pihak berkuasa China yang telah datang mengaudit loji pemprosesan sarang burung walit pada bulan lepas, masih belum memberikan kata putus.

Namun begitu, beliau yakin rundingan itu akan memberikan keputusan positif berdasarkan kunjungan delegasi negara itu sebelum ini.

“Mereka tak akan datang dan terus (membuat) kelulusan kerana setelah membuat pemeriksaan, mereka akan pulang untuk membuat kajian dan jika ada yang perlu, mereka akan membuat beberapa teguran yang akan dimaklumkan kepada kita,” katanya.

“Kita perlu penuhi terlebih dahulu (teguran itu),” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat delegasi Pentadbiran Am Pemantauan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin (AQSIQ) China terhadap Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di bangunan kementerian itu di sini hari ini.

“Yang penting bagi kita mereka datang. Kita tidak putus asa kerana kita tahu pasaran dia (China) besar,” katanya.

April lepas, 15 loji pemprosesan sarang burung walit terpilih di Selangor, Sarawak, Pahang, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Kedah, telah diaudit dan diperiksa pihak berkuasa China bagi membolehkan produk itu dieksport semula ke China.

Pemeriksaan itu adalah berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua negara seperti termeterai di dalam Protokol Keperluan Pemeriksaan, Kuarantin dan Kebersihan Bagi Pengeksportan Produk Sarang Burung Walit dari Malaysia Ke China. — BERNAMA

Komen-komen
  1. zaidi b pindah berkata:

    alhamdulillah amin,tapi harganya masih teruk di sarawak mgkin ada yang tak kena.kerjaan kena ada mekanisma utk menstabilkan haga supaya tidak dimonopoli org tengah yg kurang berusaha tapi untung besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s