RBN perluas pasaran ASEAN

Posted: Jun 28, 2013 in utusan

Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Ir. Mohd. Azraai Kassim (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Pengarah Eksekutif Swiftlet Eco Park, Tan Chee Hong (kiri) selepas menandatangani perjanjian sambil disaksikan oleh Rohani Abdul Karim. – utusan/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 27 Jan. – RBN Global, ahli kumpulan Swiftlet Eco Park Group of Companies menyasarkan untuk mencapai jualan sebanyak RM50 juta pada tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan Swiftlet Eco Park (Swiftlet Eco Park), Loke Yeu Loong berkata, unjuran itu lebih tinggi berbanding RM15 juta pada tahun ini selari dengan sasaran untuk melebarkan pasaran ke ASEAN khususnya di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Swiftlet Eco Park adalah syarikat jualan langsung (MLM) profesional pertama yang terlibat dalam industri sarang burung secara profesional. Syarikat berkenaan juga merupakan syarikat pertama yang melaksanakan Skim Kepentingan Kongsitani Perladangan Burung Walit yang pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh kerajaan dan merupakan skim pelaburan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Skim berkenaan adalah pelaburan berisiko rendah kepada pelabur individu atau institusi.

Para pelabur akan terlibat dalam perusahaan perladangan burung walit berskala besar yang diusahakan secara bersistematik demi mempertingkatkan pengeluaran ke pasaran antarabangsa.

Yeu Loong berkata, syarikat itu dijangka mempunyai 2,000 orang pengedar pada akhir tahun ini berbanding 400 orang sekarang.

“Kita merancang untuk membina 213 rumah burung walit dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang dengan pelaburan sebanyak RM240 juta.

“Pada masa ini syarikat mempunyai 36 rumah burung walit di Manjung, Perak, 13 di Setiu dan 40 di Kuala Terengganu, Terengganu,” katanya ketika ditemui selepas perasmian pejabat RBN di sini.

Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim.

Setiap daripada unit rumah burung ini mampu menghasilkan sehingga dua kilogram sebulan, ujar beliau.

“Kami memiliki 14 projek dengan lebih daripada 600 rumah burung dalam pelbagai fasa pembangunan dan kami mahu mencapai jumlah 1,000 rumah burung walit dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Malaysia kini antara pengeluar utama sarang burung dan kami berharap Swiftlet Eco Park mampu menjadi penyumbang yang signifikan,” katanya.

Beliau tidak menolak syarikat itu merancang untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam tempoh sederhana ini.

“Mungkin proses ini (disenaraikan) mengambil masa selewat-lewat lima tahun lagi selepas sasaran pembinaan rumah burung walit dapat direalisasikan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s