China tarik sekatan produk walit

Posted: Jun 28, 2013 in utusan

PUTRAJAYA 20 Jun – China menarik balik sekatan produk sarang burung walit Malaysia ke negara tersebut apabila sembilan daripada 15 syarikat pemprosesan tempatan yang telah diperiksa diberikan status ‘dilulus dengan syarat’.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, status tersebut memerlukan syarikat terbabit melakukan penambahbaikan tertentu dengan dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Kementerian Kesihatan sebelum dibenarkan memasuki pasaran negara itu.

Katanya, perakuan pelaksanaan tindakan tersebut akan dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum dihantar ke China untuk proses pendaftaran.

“Satu pasukan dari Jabatan Pentadbiran Akreditasi dan Pensijilan Kebangsaan China (CNCA) telah membuat pemeriksaan ke atas 15 loji syarikat pemprosesan selama 10 hari bermula 9 April lalu.

“Kelmarin, kita telah menerima keputusannya iaitu sembilan syarikat diberikan status ‘telah dilulus dengan syarat’, dua ‘hanya lulus selepas pembetulan’ dan empat lagi ‘gagal’,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Isu sekatan itu timbul pada Julai 2011 selepas beberapa media China mempertikaikan kualiti sarang burung walit dari Malaysia yang dilaporkan mempunyai kandungan nitrit yang boleh menjejaskan keselamatan makanan dan tidak selamat untuk makanan manusia.

Menurut Ismail Sabri, JPV akan memanggil sembilan syarikat berstatus ‘telah dilulus dengan syarat’ itu untuk memastikan mereka melakukan tindakan penambahbaikan yang digariskan oleh China itu dengan segera.

Beliau berkata, pihaknya akan turut memanggil dua syarikat berstatus ‘hanya lulus selepas pembetulan’ untuk menambahbaik aliran proses kerja agar selari dengan apa yang digariskan.

“Empat lagi yang berstatus gagal itu akan diminta menghantar semula permohonan mereka,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s