‘Biarkan MAN urus Gua Madai’

Posted: Jun 28, 2013 in utusan

KOTA KINABALU 24 Jun – Pewaris dan pengusaha sarang burung walit di Gua Madai meminta kerajaan negeri agar mengembalikan pusat pentadbiran dan pengurusan gua tersebut kepada Mahkamah Anak Negeri (MAN) Daerah Lahad Datu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu, Datuk Mohd. Yusof Apdal berkata, sebelum ini pengurusan dan pentadbiran Gua Madai berada di bawah bidang kuasa MAN dan berpusat di Lahad Datu, namun setelah persempadanan semula daerah itu serta Kunak diwujudkan sebagai daerah penuh menyebabkannya berpindah ke Daerah Kunak.

Katanya, perkara tersebut dibangkitkan dalam perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru baru ini, namun tidak mendapat maklum balas dari Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri semasa sesi penggulungan akhir menterinya.

“Saya berharap perkara ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya memandangkan majoriti pewaris dan pengusaha sarang burung di Gua Madai adalah berasal serta menetap di Daerah Lahad Datu,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, pemindahan pusat pentadbiran dan pengurusan Gua Madai ke MAN Lahad Datu bukan sahaja memudahkan pewaris dan pengusaha sarang burung berurusan dengan mahkamah itu, malah ia akan lebih menjaga kefahaman adat pengurusan gua itu sendiri.

Dalam pada itu, Mohd. Yusof turut mengulangi permintaan penduduk di daerah itu agar kerajaan negeri mengambil tindakan proaktif terhadap isu kesesakan jalan raya di Lahad Datu.

Katanya, kesesakan di Lahad Datu semakin meruncing ketika ini dan tindakan untuk menambah baik sistem perhubungan jalan raya di kawasan bandar itu perlu disegerakan, selaras dengan kepesatan pembangunan yang berlaku dan pertambahan pengguna jalan raya.

“Tindakan segera ini termasuk melebarkan jalan raya sedia ada dan membina jalan-jalan baharu bagi mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s