Burung walit diternak di rumah kedai ancam penduduk

Posted: Oktober 1, 2012 in utusan

DERETAN bangunan rumah kedai yang dipercayai dijadikan lokasi membela burung walit di Taman Satelite, Bahau, Jempol.

JEMPOL 18 Sept. – Penduduk di Taman Satelite, Bahau dekat sini meminta Majlis Daerah Jempol membantu menangani isu penternakan burung walit di kawasan perumahan itu yang telah berleluasa sejak 20 tahun lalu.

Penduduk, Teng Jak Buang, 66, mendakwa hidupnya kini semakin tidak tenteram apabila terpaksa mendengar bunyi bising akibat lokasi ternakan burung walit berhampiran kawasan rumahnya.

“Perkara ini sudah berlaku hampir 20 tahun. Dulu hanya sebahagian bangunan rumah kedai di sini yang dijadikan tempat untuk membela burung walit.

“Kini hampir 36 daripada 40 unit rumah kedai itu dijadikan tempat menternak burung walit. Rumah saya terletak di belakang bangunan kedai tersebut.

“Kini saya sudah tidak dapat hidup dengan tenang kerana terpaksa mendengar bunyi burung hampir 24 jam,” katanya ketika ditemui di taman perumahan tersebut, hari ini.

Ujarnya, dia bersama penduduk sudah kerap membuat aduan namun, masih tiada sebarang tindakan.

“Sudahlah bunyi bising, bau tahi burung turut membuatkan penduduk di sini tidak selesa,” jelasnya.

Sementara itu, peniaga, Haslina Derani, 49, mendakwa perniagaan kedai makan miliknya turut terjejas akibat masalah tersebut.

“Macam mana pelanggan hendak makan dengan selesa jika ada bau busuk. Nyamuk pula sudah banyak di kawasan ini. Nyamuk ini datang dari takungan air di kawasan burung tersebut.

“Tidak ada masalah jika mereka mahu menjalankan perniagaan. Namun jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja. Jaga kebersihan dan fikirkan keselesaan orang lain,” tegasnya.

Suri rumah, D. Pathmawathi, 48, kini terpaksa menutup tingkap rumahnya kerana tidak tahan dengan bau busuk.

“Malu jika ada saudara mara datang ke rumah. Mereka pasti akan tanya bagaimana saya mampu duduk di kawasan ini. Hendak tidur malam pun sukar, bunyi burung terlalu bising,” jelasnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20120919/ws_06/Burung-walit-diternak-di-rumah-kedai-ancam-penduduk#ixzz281JcjzYR
© Utusan Melayu (M) Bhd

Komen-komen
  1. kendy berkata:

    Saya ada sarang bersih minat sila hubungi saya Hp +6282161522222

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s