Wujudkan Persatuan Penternak Burung Walit

Posted: September 17, 2012 in Uncategorized

Bertemu kembali kita hari ini dengan pelbagai soalan dan pertanyaan yang diberikan kepada pengunjung blog ini, sebagai pemilik blog ini saya ingin berkongsi kemulut yang dihadapi oleh penternak-penternak burung walit malaysia. Sebelum huraian yang yang ingin saya kongsikan disini terlebig dahulu saya mohon ampun dan maaf sekiranya saya tersalah siarkan maklumat yang saya terima dari seluruh pembeli sarang walit di malaysia yang terkini.Semoga sedikit sebanyak dapat memberi info kepada para penternak burung walit di malaysia.

Dari maklumat yang saya terima sehingga kini harga sarang burung walit masih lagi jatuh ke paras 50% dari harga asalnya dulu ini berikutan terdapat salah faham pembeli sarang walit utama dari Hong Kong yang mana kandungan 30% Nitrat didalam sarang walit di malaysia menjadi pembualan hagat di Hong Kong.

Namun begitu permintaan terhadap sarang burung walit masih tidak mencukupi di malaysia ekoran tindakan pantas rakyat malaysia membuka kilang-kilang penghasilan prodak berasaskan burung walit, kini pembeli baru sarang walit di malaysia tertumpu pada pengusaha-pengusaha kilang yang memproduk sarang walit.

Kini pembeli sarang walit perseorangan di hong kong lebih gemar membeli sarang walit yang telah diprodukkan daripada membeli sarang walit yang belum diproduk kerana mereka tidak mahu mengambil risiko akan kandungan nitrat itu.

Jadi tidak perlu risau akan bagaimana ingin menjual sarang-sarang tuan/puan, kita harus peka akan trend baru pembeli sarang walit masa kini. Jadi sekarang siapakah yang membuat untung besar dalam pasarang sarang burung walit kini. Sudah tentu lah pengusaha kilang itu sendiri.

Saya belum lagi mendapat info akan tentang kenaikan harga sarang burung walit ini, apa yang saya tahu pengusaha-pengusaha rumah burung walit kini banyak tertumpu kepada pembeli dari taukeh-taukeh kilang di malaysia jadi rebutlah peluang  ini.

Ini adalah info yang saya terima dari pengusaha-pengusaha sarang walit di malaysia, sambutan terhadap permintaan produk walit di malaysia amat mendapat permintaan tinggi di hong kong, semoga maklumat saya kongsikan dapat memberikan pertunjuk kepada rakan-rakan yang lain.

Oleh itu saya mencadangkan agar pengusaha-pengusaha rumah burung di malaysia menyertai persatuan walit di tempat masing agar harga-harga sarang burung di stabil kan dan tidak dimonopoli oleh orang tengah, wujudkan persatuan masing-masing sekarang agar kita lagi di tipu oleh pengusaha taukeh-taukeh kilang.

Untuk makluman kepada semua pengunjung blog ini, terus terang saya katakan, saya bukan pembeli dan penjual sarang burung walit, saya hanyalah penjual suara burung, plan rbw dan admin kepada blog ini .

Tujuan saya mewujudkan blog ini adalah ingin membantu pengusaha-pengusaha walit menjual sarang walit mereka secara online disamping memasarkan produk mereka melalui blog yang saya hasilkan ini dan hasil mewujudkan blog ini disamping berkongsi info yang saya tahu dari pembeli-pembeli yang menalifon saya, itu sahaja.

Memang terdapat keinginan saya untuk membina rbw tahun lepas namun apa boleh saya buat sebab saya tidak mempunyai tanah sendiri, namun begitu saya mempunyai impian akan membina rbw di suatu masa kelak dan tidak pasti bila sebab saya juga mempunyai perniagaan lain selain perniagaan burung walit ini.lihat blog saya ini http://www.kelikkb.blogspot.com.

Harapan saya semoga info ini dapat membantu para penternak burung walit yang ingin mengetahui harga sebenarnya sarang burung walit kini. Nasihat saya agar tuan/puan mewujudkan Persatuan Walit di tempat masing-masing dan mendapatkan maklumat pengusaha kilang yang memproduk sarang walit ini dimalaysia atau lebih baik buka kilang yang menghasilkan produk berasaskan sarang walit ini kerana permintaan terhadap produk sarang walit di hong kong mendapat permintaan tinggi. Pengamal sarang walit di hong kong kini banyak membeli produk sarang walit dan bukan lagi sarang walit mentah seperti dahulu, mereka juga tidak mahu tertipu untuk kali kedua. harap semua dah dapat info jelas dari saya dan terukan perjuagan dalam industri penternakan burung walit, saya doakan semoga berjaya dan tidak lupa pada saya, insyaallah sekiranya saya mempunyai info tentang perniagaan burung walit akan segera saya kongsikan disini..sekian terima kasih.

 

 

Komen-komen
  1. riyanz ahmad berkata:

    thanks all, berbulan-bulan burung waled tdk boleh masuh kerumah burung waled anda, penyelesaiannya ada sama kami, hubungi kami yg berada di daerah tawau sabah, hp no. 0128259736, kami mempunyai bunyi penambat burung walet yang mujarap,,terima kashi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s