China benarkan pengusaha burung walit tempatan guna teknologi lain

Posted: September 17, 2012 in walit Post

PUTRAJAYA 14 Sept. – Kerajaan China bersetuju melonggarkan syarat kepada pengusaha sarang burung walit di negara ini untuk menggunakan teknologi lain daripada syarat yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, terdahulu China mensyaratkan supaya hanya sijil pengenalan frekuensi radio (RFID) digunakan sebelum sarang burung itu boleh dieksport.

Berikutan itu, katanya, perkataan RFID (untuk mengenal pasti asal-usul sarang burung yang dieksport ke China) akan digugurkan dari artikel 8 dan 9 dalam protokol eksport sarang burung walit Malaysia ke China.

“Bagaimanapun, kerajaan China menetapkan supaya aplikasi sistem daya jejak (traceability) perlu dilaksanakan bermula dari premis perladangan walit sehingga ke aktiviti pengeksportan.

“Traceability (alat pengesan) ini China tetap mahu kerana jika ada masalah di negara itu akan memudahkan mereka nak tahu sarang burung itu datang dari rumah sarang burung yang mana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengeksportan Sarang Burung Walit ke China di sini hari ini.

Menurut Noh, persetujuan itu dinyatakan oleh Menteri Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ), Zhi Shupi dalam sepucuk surat yang dihantar kepadanya semalam.

Katanya, ia merupakan susulan daripada surat yang dihantar oleh pihaknya bertarikh 7 September lalu untuk memohon penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk RFID.

Komen-komen
  1. Zuhari Abdullah berkata:

    Asmkm. Saya ada membaca blog saudara dan mengucapkan terima kasih. Dihrp blog saudara sedikit sebanyak membantu industri burung walit. Untuk maklumat sdr, syarikat saya Swift Builder merupakan antara syarikat yg plg aktif membina dan mengeluar serta memproses sarang burung walit. Setakat ini saya telah membina 37 buah rumah walit dan 4 drpdnya bangunan sendiri. Saya juga merupakan pembeli SBW dan memproses dan mengeluarkan produk sendiri berjenama THOYYIBAH. setakat ini kami mengeluarkan pati, minuman, kopi walit, susu walit dsb (www.walitthoyyibah.com.my) juga bolih lawati. facebook/burung walet (dah lama tidak update). Jika ada sesiapa yg berminat untuk membina bangunan atau menjual atau ingin menjadi agen kami bolih hbg saya 017-3250568 (Hj Zuhari) atau 016-6586000 (Rizal).Harga kami cukup kompetitif dan ada komisyen untuk introducer. Besok I/Allah saya akan berada di Nanning (China) selama 1 minggu kerana terlibat dgn pameran burung walit Pavillion Malaysia dan menyaksikan perjanjian protokol dgn. Kerajaan China. Jika ada keperluan bolih hbg Rizal atau bolih jumpa selepas 26hb ini. I/Allah.

    Hj Zuhari Abdullah

    ________________________________

  2. 223344 berkata:

    SALAM HJ…NANTI BALIK DR CHINA BG INFO MCMANA BIZ KT SANA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s