Suburkan minat dalam bidang usahawan

Posted: Januari 17, 2012 in walit Post

JAMAL Mohd. Amin (belakang, lima dari kanan) bersama wakil-wakil usahawan pada Program Aprentis Keusahawanan di Dewan Serbaguna Kolej Uniti, Telok Kemang, kelmarin.

TELOK KEMANG 12 Jan. – Dalam usaha menyuburkan minat para penuntut dalam bidang keusahawanan, Kolej Uniti Pasir Panjang dekat sini menganjurkan Program Aprentis Keusahawanan (EAP) yang diadakan di kolej berkenaan di sini semalam.

Presiden Kolej UNITI, Jamal Mohd. Amin memberitahu, program yang diadakan ini bertujuan melatih pelajar mendekatkan diri mereka dalam bidang perniagaan seterusnya menggalakkan mereka menjadi usahawan.

Jelas beliau, program yang dianjurkan sehari itu menarik 500 penuntut kolej berkenaan bagi mengetahui asas perniagaan dan keusahawanan berdasarkan bidang yang mereka minati.

“Pelajar boleh memilih salah satu daripada enam bidang perniagaan yang ditawarkan pada hari ini, antaranya perusahaan burung walit, latihan luaran, kecantikan, terapi dan sebagainya.

“Ini merupakan salah satu usaha pihak kami dalam memberikan pendedahan awal kepada para penuntut di sini dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sebelum mereka menamatkan pengajian,” katanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata penuntut kolej berkenaan mahu supaya program seperti ini diteruskan kerana ia memberikan manfaat besar sebelum mereka menamatkan pengajian di kolej itu.

Bagi pelajar, Abdul Hadi Mohd. Rafee, 21, berkata, program seperti ini memberikan ruang dan peluang kepadanya untuk memahami aspek perniagaan dan keusahawanan yang boleh diterokai ketika ini.

“Memang tidak dapat dinafikan keusahawanan merupakan satu bidang yang mencabar, namun menguntungkan sekiranya kita mengetahui cara untuk menyesuaikan diri dalam bidang ini.

“Malah, pemikiran skeptikal yang menyatakan bidang perniagaan untuk golongan tertentu sahaja tidak benar, sebaliknya ia boleh dijayakan sekiranya kita berusaha untuk mencari ruang dan peluang dalam bidang perniagaan,” katanya.

Rakannya, V. Shashirekha, 21, pula menjelaskan, program seperti ini merupakan platform terbaik untuk mereka menyuburkan minat mereka dalam bidang keusahawanan.

“Bahkan, saya melihat program ini menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang perniagaan kerana ia mampu menjana keuntungan.

“Sebelum ini, saya hanya ingin kerja makan gaji tetapi selepas program ini semangat saya telah berubah untuk menjadi usahawan,” katanya.

Sementara itu, Nursyafiqah Shaharin, 21, pula menjelaskan, program ini diharap dapat diteruskan dalam usaha membuka minda para penuntut untuk mengetahui prospek dalam bidang perniagaan.

“Saya mengambil bidang Diploma Prasekolah di sini dan apabila saya menyertai program ini ia membuka pandangan saya untuk membuka tadika sejurus sahaja tamat pengajian.

“Malah minat dalam bidang ini semakin mendalam apabila mengikuti program ini,” jelasnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s