Sasar 60,000 kunjungi Ekspo Agro, Makanan Johor

Posted: Disember 22, 2011 in walit Post

KLUANG 27 Nov. – Kira-kira 30,000 pengunjung membanjiri Ekspo Agro dan Makanan Johor 2011 pada hari ketiga pelancarannya yang diadakan di Kompleks Pertanian Kluang, di sini hari ini.

Orang ramai mula mengunjungi ekspo itu seawal 9 pagi walapun ia mula dibuka kepada orang ramai mulai sejam kemudian sehingga 10 malam. Perasmian ekspo telah disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam dan penutup rasmi akan dilakukan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Kehadiran pengunjung ke ekspo yang diadakan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Johor 2011 dan juga musim cuti sekolah bagi menyaksikan pameran, jualan dan juga promosi-promosi produk yang diadakan di 200 khemah sepanjang lima hari yang berakhir Selasa ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Tani Johor, Datuk Abd. Aziz Kaprawi berkata, pada dasarnya sambutan yang diberikan cukup menggalakkan dan diluar jangkaan dengan jumlah pengunjung bakal mencapai 60,000 orang sebaik ia berakhir Selasa ini, sekali ganda lebih banyak daripada telahan awal.

“Kalau hari ini hari ketiga pelancarannya sudah mencecah 30,000 maka tidak mustahil jumlah 60,000 boleh dicapai memandangkan esok (Isnin) merupakan cuti umum yang dibawa kehadapan sempena awal Muharam yang disambut hari ini.

“Masyarkat begitu berminat untuk mengetahui perkembangan sektor pertanian serta ternakan, konvensyen dan pameran mengenai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan kunci projek permulaan (EPP) di mana kerajaan telah mengenalpasti pasti peluang-peluang ekonomi dalam sekotr pertanian, ” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui.

Oleh itu, kata Abd. Aziz, mereka yang datang boleh mengunjungi pameran yang disediakan dan NKEA serta EPP yang boleh dijadikan panduan dalam meneroka peluang ekonomi yang mempunyai potensi tinggi dan mendapatkan penerangan daripada pegawai ekspo.

Tambahnya, seperkara lagi yang cukup menarik menerusi ekspo itu ialah pameran produk-produk pertanian baru dan pertama kali dipamerkan kepada umum seperti mikropostif yang boleh menghindar dan melenyapkan bau busuk serta membunuh bakteria di bilik air dan juga ruang dapur.

“Selain itu, turut dipamerkan kopi burung walit dan hasil inovasi Pertubuhan Peladang Johor (PPNJ) menghasilkan baja kompos dari tandan kelapa sawit kosong. Cukup menarik ialah inovasi J- Biotech yang berjaya menghasilkan mesin yang boleh mengitar semula sampah domestik selama 24 jam untuk dijadikan baja,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengamatan dalam keadaan sekarang pemilikan mesin itu cukup praktikal kerana ia bukan sahaja dapat menjaga kebersihan rumah dan alam sekitar dan mereka yang berminat untuk membelinya boleh berbuat demikian di ekspo tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s