Panduan Menjual Sarang Burung Walit Perusahaan Anda.

Posted: November 30, 2011 in walit Post

30/11/2011 ( Rabu ).

KUALA KUBU BHARU – Tahniah buat para  penternak-penternak Burung Walit kini kerana telah ramai yang berjaya meraihkan hasil dalam industri ini yang mana hampir bergelar jutawan muda. Bagi saya kejayaan yang dikecapi hari ini adalah kerana berkat dan kesabaran kuat berusaha dan ingin merubah hidup dari susah menjadi orang yang senang.

Syabas anda insan yang terpilih dan pilihan yang anda buat adalah tepat dan benar-benar merubahkan kehidupan anda kini, sememangnya mutiara putih yang anda usahakan selama ini amat menguntungkan buat anda,keluarga dan kehidupan anda namun bersyukurlah dengan pemberiannya ini, jangan lah melupai nya.

Namun ada juga penternak yang tidak tahu bagaimana ingin menjual hasil kutipan mereka ( sarang walit ) ini, oleh demikian saya selaku admin blog ini membantu dan memberi cadangan agar sedikit sebanyak dapat membantu penternak-penternak yang lain.

Cadangan saya diharapkan para penternak-penternak walit yang baru yang sudah menampakan hasil agar menyertai persatuan-persatuan walit di daerah masing-masing kerana dengan cara ini memudahkan anda menjual hasil kutipan sarang disetiap bulan, harga juga terjamin, anda juga tidak di permainkan oleh orang tengah seperti yang terjadi sebelum ini ramai yang sudah tertipu.

Dengan adanya persatuan, masing-masing boleh mengadakan perbincangan di setiap bulan bagi menanganni masalah dihadapai di kalangan penternak itu sendiri.

Perusahaan burung ini merupakan sebuah perniagaan berunsurkan kekeluargaan ini apabila anda menyertai persatuan ini , maka disini lah anda akan berjumpai pelbagai kaum dan kenal mengenali di antara satu dengan yang lain, ini yang saya katakan keluarga.

Selepas ini anda tidak lagi tertipu apabila ingin menjual hasil anda kelak, sarang yang perbagai saiz dapat dijual dengan selamat, disamping itu juga anda juga dapat membuat amal kepada masyarakat yang ada di bumi dengan mengadakan pelbagai program amal, sedikit sebanyak keuntungan yang anda terima boleh di salurkan kepada anak-anak yatim dan yang memerlukan, sekian, renung-renungkan lah..

Komen-komen
  1. zahari mohamad berkata:

    ASM,,sy mau bertanya apa kesan keatas perusahaan burung walid terhadap penyakit selsema burung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s