Peluang sertai kursus walet

Posted: November 10, 2011 in walit Post

Suzana Jasmin menunjukkan beberapa produk berasaskan burung walet di Alor Gajah, baru-baru ini.

 

MEREKA yang berminat dalam industri burung walit berpeluang menceburi bidang tersebut dengan menyertai kursus lanjutan yang dianjurkan AQ Walit Training Centre di Alor Gajah, Melaka pada 12 dan 13 November ini.

Kursus berkenaan merupakan susulan daripada beberapa siri sebelum ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada peserta yang mahu berjinak-jinak dalam bidang berkenaan.

Menurut Pengurus Syarikat, Suzana Jasmin, bengkel berkenaan melibatkan beberapa sesi yang akan membincangkan pelbagai topik penting dalam perusahaan walit.

Antara topik tersebut ialah potensi dan senario industri walit di negara ini, perancangan pembinaan perumahan burung walet dan teknik teknik pelaksanaan yang terkini.

Topik yang tidak kurang penting ialah kawalan musuh walit, kaedah memasak sarang burung dan produk hiliran.

Topik lain termasuk skop kerja dan reka bentuk bangunan walit, kerja-kerja pengurusan rumah burung walit dan teknik bancuhan white hormone dan black hormone.

”Peserta juga akan didedahkan dengan amalan perladangan walit yang baik ( GAHP ) dan penyediaan kertas kerja projek,” katanya.

Selain Suzana, turut terlibat sebagai penceramah dan fasilitator ialah Pengarah Syarikat, Jasmin Jasin dan bekas pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr. Azizol Md. Sharun.

Suzana berkata, penganjuran kursus tersebut bertujuan melahirkan lebih usahawan baru dalam industri walit terutama di kalangan bumiputera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s