Sarang burung: Paras standard nitrat ditetapkan akhir Nov

Posted: Oktober 31, 2011 in walit Post

27/10/2011 7:47pm

PUTRAJAYA 27 Okt. – Kementerian Kesihatan akan menetapkan paras standard kandungan nitrat dalam sarang burung walit keluaran tempatan akhir bulan depan, bagi memastikan produk itu dapat dieksport terutama ke China.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya akan mendapatkan sampel yang menyeluruh daripada pengusaha sarang burung walit supaya penetapan standard kandungan nitrat dalam produk itu dapat dilakukan secepat mungkin.

“Walaupun kita sudah ada standard pada masa lepas tetapi ia untuk memastikan standard yang lebih menyeluruh termasuk juga kandungan nitrat bagi sarang burung walit dari gua, rumah dan sebagainya.

“Kita akan dapatkan standard ini untuk dimaklumkan kepada pihak China pada masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perbincangan dengan pengusaha sarang burung walit tempatan di pejabatnya di sini hari ini.

Sebelum ini, orang ramai keliru dengan produk sarang burung walit yang dihasilkan di negara ini, yang dikatakan tidak selamat dimakan kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Kekeliruan itu timbul selepas kerajaan China mengumumkan produk sarang burung walit dari Malaysia mengandungi nitrat yang tinggi dan boleh mengancam kesihatan dan mereka kemudiannya menetapkan bahawa jika produk itu hendak dieksport ke China, kandungan nitratnya perlu kosong peratus. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s