Walit World perkenal produk baharu pati sarang burung

Posted: Oktober 6, 2011 in walit Post

NILAI 3 Okt. – Menyedari potensi minuman air sarang burung yang mempunyai khasiat yang tinggi dan sesuai untuk diminum dan dijadikan sebagai minuman kesihatan, Walit World Sdn. Bhd. (Walit World), syarikat milik penuh bumiputra yang memajukan kawasan industri ternakan burung walit di Tanjung Agas, Port Dickson memperkenalkan produk terbaHAru keluaran pati sarang burung.

Pengarah Projek Walit World, Mohd. Nasir Che Fa berkata, pati sarang burung merupakan minuman yang membantu menjana perkembangan minda, menguatkan jantung dan paru-paru, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan peredaran darah serta merawat kulit, batuk dan jerawat.

“Selain itu, khasiat pati sarang burung juga berupaya menghilangkan panas badan, meningkatkan prestasi seksual dan melambatkan proses penuaan,” kata beliau di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Katanya pati sarang burung itu mempunyai kandungan sarang burung 12 peratus, akar lalang, serbuk mutiara, gula batu, air RO, kismis, zafaaran dan madu.

Katanya, pati sarang burung dengan kismis dan zafaaran telah dirumus semula dan dengan kombinasi 12 peratus sarang burung, kismis dan zafaaran, produk ini sesuai untuk pemakanan oleh semua lapisan umur bagi menjana perkembangan minda secara total iaitu dalam bidang akademik yang diukur secara IQ dan kemahiran emosi yang dikenali sebagai ‘emotional intelligent’.

“Kombinasi kedua-dua ini dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja pintar, malahan juga mempunyai budi pekerti dan akhlak yang tinggi. Pati sarang burung ini dibotolkan dalam kandungan botol bersaiz 375ml dengan harga di Semenanjung RM55 sebotol manakala RM65 sebotol di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Mohd Nasir berkata, pati sarang burung ini telah dilancarkan pada 1 Julai lepas.

Katanya, sebelum ini, dua produk Walit World yang dilancarkan pada 26 Mei lepas ialah air sarang burung yang dibotolkan dalam botol bersaiz 120ml dan 250ml.

“Kini, anda semua berpeluang menikmati khasiat produk dari sarang burung walit yang diproses dengan menepati kehendak Islam dan mendapat sijil Halal.

Produk muslim ini adalah pilihan untuk yang mementingkan status halal,” katanya. — Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s