Waspada sindiket penipuan jual beli tanah – Polis

Posted: Ogos 11, 2011 in Uncategorized

ALOR SETAR 8 Ogos – Orang ramai khususnya warga emas, diminta berwaspada dengan satu sindiket penipuan jual beli tanah di negeri ini yang menawarkan harga lebih rendah berbanding kadar pasaran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supritendan Nasbah Jusoh (gambar)berkata, modus operandi sindiket itu ialah menawarkan sebidang tanah yang kononnya berpotensi untuk dimajukan.

“Dalam kes terkini seorang pesara kerajaan berusia 58 tahun kerugian RM60,000 kerana terpedaya untuk membeli sebidang tanah di selatan tanah air untuk projek pembinaan sarang burung walit.

“Mangsa dihubungi anggota sindiket yang menawarkannya untuk melibatkan diri dalam projek burung walit dan ditawarkan sebidang tanah dengan harga yang murah,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, selepas berhubung dan berbincang melalui telefon, mangsa kemudiannya berjumpa dengan anggota sindiket di sebuah hotel di bandar raya ini pada 5 Ogos dan menyerahkan wang selepas yakin dengan kata-kata suspek.

Menurut Nasbah, untuk meyakinkan mangsa, ketika pertemuan di hotel ada pihak ketiga yang turut datang dan membayar sejumlah wang kononnya juga ingin membeli tanah daripada anggota sindiket.

“Bila mangsa nampak orang ini bayar, dia pun bayar la sebab percaya dengan kata-kata manis penjenayah,” katanya.

Beliau berkata, pada Mei lalu, seorang warga emas berusia 70 tahun turut menjadi mangsa sindiket menggunakan modus operandi serupa menyebabkannya kerugian RM35,000.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang dihubungi pihak yang menawarkan tanah untuk dijual atau bergerak dengan modus operandi sedemikian agar menghubungi polis.

“Tidak mustahil sindiket ini akan bergerak ke seluruh negeri ini dan negeri-negeri lain, jadi orang ramai kena waspada dan kena ada ragu-ragu kalau berurusan dengan individu tidak dikenali,” katanya. — BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s