RM60j diperuntuk sehingga 2015

Posted: Ogos 11, 2011 in Uncategorized

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Ogos – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memperuntukkan lebih RM60 juta tahun ini hingga 2015 untuk melaksanakan pelbagai program ke arah meningkatkan sektor perladangan di negeri ini.

Pengarah LPP negeri, Kamalrul Badri Mat Ali berkata, antara projek tersebut ialah pembinaan kilang kelapa sawit bernilai RM44 juta di kawasan seluas 24 hektar di Beruas.

Katanya, projek itu akan dilaksanakan tahun depan dan kilang berkenaan dijangka beroperasi pada akhir 2013 atau pun 2014.

Beliau berkata, LPP juga akan membina 50 pusat belian kelapa sawit, mewujudkan 30 pusat sehenti, membina 10 pusat ternakan burung walit bernilai RM1 juta, lima pusat pembelian padi bernilai RM1 juta, program pembangunan modal insan dan projek pemulihan tanah terbiar.

“Kesemua projek itu bertujuan memajukan sektor pertanian dan perladangan di negeri ini di samping menjadikan sektor pertanian sebagai sektor penting dalam menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 LPP di Masjid Al-Amaniah Kampung Chepor Dalam dekat Chemor.

Majlis itu dihadiri Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah LPP Negeri, Datuk Nadzri Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi.

Pada majlis itu, seramai 30 orang ibu tunggal dan anak yatim menerima bantuan makanan bernilai RM50 setiap seorang yang disumbangkan oleh LPP.

Sementara itu, Nadzri berkata, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan dan negeri tahun ini akan diadakan di Terminal Agrobisnes Negara (TEMAN) di Gopeng pada Disember depan.

Kata beliau, sambutan itu diadakan serentak dalam usaha untuk mempromosikan sektor perladangan, pertanian dan penternakan.

Menurutnya, pelbagai gerai yang menjual hasil pertanian akan dipamer dan dijual kepada orang ramai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s