Kerja keras pulihkan imej

Posted: Julai 28, 2011 in Uncategorized

KUALA LUMPUR 15 Julai – Usaha lebih keras lagi kini perlu dilakukan untuk memulihkan keyakinan pelabur selepas imej negara tercalar dengan demonstrasi jalanan 9 Julai lalu, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir hari ini.

Beliau berkata, MITI dan agensi-agensi di bawahnya seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjadikan kestabilan politik di negara ini sebagai tumpuan utama promosi untuk menyokong pelabur ke Malaysia.

“Para pelabur asing amat mementingkan kestabilan politik dan selepas peristiwa 9 Julai lalu kami perlu mengawal kerosakan yang berlaku dan menyakinkan mereka demonstrasi jalanan ini sangat jarang berlaku dan bukan kebiasaan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam sidang akhbar sempena Promosi Karnival Usahawan Kedah 2011 di sini hari ini.

Tambah Mukhriz, usaha menarik pelabur asing bukan hanya menguntungkan Malaysia secara keseluruhan tetapi juga negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Selangor dan Kedah.

Mengulas tentang Karnival Usahawan Kedah 2011 yang akan diadakan di Alor Biak, Jerlun bermula 22 Julai ini, Mukhriz berkata, ia merupakan salah satu usaha MITI menggalakkan industri tempatan selain menonjolkan bidang keusahawanan kepada generasi muda.

Karnival selama tiga hari ini bakal mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang diusahakan para usahawan dari negeri Kedah kepada umum.

Selain daripada pameran oleh usahawan, seluruh agensi di bawah MITI akan turut terlibat dengan membuka kaunter khidmat masing-masing serta pelbagai aktiviti sampingan seperti padanan perniagaan, kaunter khidmat nasihat dan kursus-kursus seperti hiasan manik dan membaiki telefon bimbit.

Terdapat juga beberapa siri taklimat seperti Taklimat Usahawan IT oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), Taklimat Industri Sarang Burung Walit oleh AgroBank dan Taklimat Teknologi Pertanian oleh MARDI.

Malah wakil-wakil syarikat ternama dan agensi kerajaan seperti Kontena Nasional, Johor Corporation, Mydin dan Technology Park Malaysia akan turut memberi ceramah perniagaan kepada usahawan-usahawan terbabit. Ketua Pegawai Eksekutif Airasia, Tony Fernandes akan menyampaikan ceramah.

Seramai lebih 150 usahawan tempatan dan usahawan Thailand akan menyertai karnival tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s