Ternak Burung Walit Ikut Nasib ( Feng Shui ).

Posted: Jun 27, 2011 in Uncategorized

27/06/2011 3.35 ptg.

Betulke ada orang yang mengatakan bukan mudah untuk Menternak burung walit, segala kejayaan berpunca daripada NASIB, boleh percaya ke? Kalau macam lah caranya kita berfikir terus terang saya katakan jangan cuba-cuba lah nak bermimpi nak menceburi bidang ini.

Sebenarnya ikut cara-cara orang cina berniaga dalam industri ini, apa yang disebut Feng shui adalah sebenarnya berkisar tentang pantang-larang, bukannya NASIB..

Kejayaan kita dalan membina Empayar Industri ini adalah terletak kepada berapa banyak ilmu ada pada diri kita, bukan mudah untuk menjalankan perniagaan sekiranya tiada ilmu didada. Kita selalu terikut-ikut mendengar akan kejayaan orang tanpa perlu memikirkan mencari ilmuterlebih dahulu dalam perniagaan ini, Nah lihat … ramai yang kita tahu ada segelintir Penternak-penternak Burung walit yang mengalami kerugian menjalankan perniagaan ini, Tuan-puan tahu tak apakah puncanya…???

Sebenarnya di malaysia dan Indonesia memang terdapat Ribuan Jutaan Burung ini, jadi kenapa perlu cakap berkenaan NASIB,NASIB,NASIB……????///??. Terpulang sekiranya ada diantara penternak-penternak masih lagi beranggapan sebegini.

Burung walit ada dimana-mana pelusuk negeri kecuali Di Benua Afrika, itu baru betul tiada. Sebenarnya kegagalan kita dalam industri ini memang terdapat banyak faktor kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari.

Jadi saya bercadang dan menasihatkan supaya selepas ini sekiranya ada bakal-bakal pengusaha baru dalam industri ini supaya hadirkan diri ke kursus-kursus yang disediakan, kalau tak faham tanyakan soalan,kemukakan segalanya cadangan. Kursus Walit amat perlu di hadiri, saya juga menghadiri Kursus/Seminar yang diadakan Oleh Tuan Abdul Aziz ( Pengarah GEm ), atau terpulang lah pada anda untuk membuat pilihan menghadiri kursus.

Akhir dari saya semoga coretan ini amat memberi panduan dan sedikit nasihat kepada yang membacanya serta memberi faedah kepada Pengusaha-pengusaha Walit yang baru dan akan datang, yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang tak baik itu datang dari kelemahan saya sendiri, sekian…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s