Diancam bau najis burung walit

Posted: Jun 26, 2011 in Uncategorized

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

 

Chang Hong Seong (dua dari kanan) bersama beberapa penduduk meninjau bangunan yang dijadikan rumah burung walit di Jalan Bayam, Kuantan, kelmarin.

 

KUANTAN 24 Mei – Premis perniagaan yang diubah menjadi rumah burung walit di kawasan perumahan Jalan Bayam dekat Jalan Wong Ah Jang di sini, bukan sahaja menyebabkan pencemaran bunyi malah penduduk terpaksa menahan bau busuk najis haiwan terbabit sejak tiga tahun lalu.

Penduduk mendakwa, pengusaha burung walit terbabit mengambil jalan mudah dengan membuang najis burung tersebut ke dalam longkang sekali gus menimbulkan bau yang busuk.

Seorang penduduk, Ling Sun Hwa, 54, mendakwa, dia pernah melihat sendiri tindakan salah seorang pengusaha yang melakukan perbuatan itu untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan.

“Saya tidak menuduh membuta tuli sebaliknya mempunyai bukti kukuh. Kita pernah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Bayangkan keadaan kami di sini yang terpaksa mendengar bunyi bising ditambah pula dengan bau busuk yang meloyakan,” katanya ketika ditemui semasa lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Chang Hong Seong di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Lee Choo Goo, 53, berkata, pada awalnya hanya sebuah premis yang dijadikan rumah burung walit di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya, setelah tiada penguatkuasaan tegas dilakukan, bilangan premis terbabit bertambah menjadi tujuh buah daripada 14 premis rumah kedai yang wujud di kawasan itu.

“Kewujudan rumah burung walit menjadi beban kepada kami kerana setiap malam tidur kami diganggu oleh bunyi bising burung itu selain terpaksa menahan bau najis yang busuk,” katanya.

Sementara itu, Hong seong memberitahu, pihaknya pernah berbincang dengan salah seorang pengusaha terbabit yang memiliki lesen berikutan pelbagai aduan yang diterima daripada penduduk.

Katanya, pengusaha terbabit mengaku tindakan membuang najis burung itu dilakukan oleh pekerjanya dan meminta maaf atas tindakan tersebut.

“Saya harap pengusaha itu dapat menghentikan perbuatannya serta merta dan membuang najis-najis burung walit dengan cara yang betul. Mereka juga harus memikirkan kepentingan penduduk di sini,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pengusaha berkenaan memberikan kerjasama dan lebih prihatin dengan keselesaan penduduk kerana mereka menjalankan perusahaan burung walit di kawasan perumahan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s