Chee Leng kini boleh tidur lena

Posted: Jun 26, 2011 in Uncategorized

Ng Chee Leng menunjukkan surat dan laporan kepada pihak berkuasa di hadapan rumahnya di Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 14 Jun – Juruteknik mesin yang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan seorang jirannya di Taman Bukit Tropika, Ulu Tiram dekat sini semalam bagi mengakhiri persengketaan mereka sejak tiga tahun lalu, kini boleh tidur dengan nyenyak.

Ng Chee Leng, 33, berkata, setakat ini dia tidak lagi berdepan dengan sebarang masalah yang timbul sebelum ini daripada jirannya, Yong Nguong Ping, 43.

Menurutnya, tiada lagi bunyi salakan anjing yang dibela Ngoung Ping mahupun bunyi piano yang dimainkan pada waktu malam selepas kedua-dua mereka bersetuju untuk ‘berdamai’.

“Setakat ini semuanya baik-baik sahaja, tiada lagi bunyi bising atau lain-lain masalah dan saya berharap suasana ini akan kekal serta hubungan dengan jiran juga akan bertambah baik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, dua jiran terbabit menandatangani MoU di Ibu Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Johor untuk mengakhiri persengketaan antara mereka yang berlarutan selama tiga tahun dan masing-masing bersetuju menyelesaikan masalah dengan cara berhemah.

Sementara itu, Pengarah BPA Johor, Marshall Theagarajah berkata, perdamaian kedua-dua jiran itu dicapai hasil perbincangan pihak terlibat dengan bantuan Timbalan Pengerusi Biro Aduan Masyarakat MCA negeri, Michael Tay.

Menurutnya, perjanjian MoU itu adalah idea Michael ekoran tiada jalan penyelesaian yang dapat dicapai selepas lebih setahun laporan mengenai aduan tersebut dibuat oleh Chee Leng.

“Sebelum ini kami menerima kira-kira 20 e-mel daripada Chee Leng yang mengadu mengenai masalah itu dan kami gembira dengan hasil MoU itu dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Pada tahun ini, katanya, BPA Johor menerima tidak kurang 10 laporan membabitkan masalah kejiranan, antaranya menjaja di depan rumah, bunyi bising dan membela burung walit.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s