Pengusaha burung walit bantah kerajaan negeri

Posted: April 18, 2011 in Uncategorized

08/04/2011 9:57pm
Oleh MALINDA ABDUL MALIK

GEORGETOWN 8 April – Lebih 300 pengusaha burung walit hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan kerajaan negeri yang melarang penternakan haiwan itu di Tapak Warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Perhimpunan hampir dua jam mulai kira-kira pukul 2.30 petang itu sarat dengan kecaman para pengusaha industri berkenaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan bersikap berat sebelah dalam menguatkuasakan larangan tersebut pada 1 Januari lalu.

Mereka mendakwa, tiada sebarang notis pemindahan mahupun kompaun diterima daripada pihak berkuasa sejak 50 tahun lalu tetapi keadaan mula berubah sebaik sahaja kerajaan negeri beralih kepimpinan.

Salah seorang pengusaha burung walit, S.T Tan, 40, memberitahu, tindakan sekumpulan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merobohkan struktur bangunan itu kelmarin umpama merampas rezeki mereka.

Menurutnya, Kerajaan Pusat komited untuk mengembangkan industri burung walit sebagai cabang perniagaan strategik negara tetapi kerajaan negeri pula seolah-olah cuba mematikan industri tersebut.

“Pengusaha burung walit menyumbangkan pendapatan kepada negara dengan membawa pelabur asing tetapi kerajaan pakatan pembangkang cuba memusnahkan industri yang sangat berpotensi ini.

“Kami berusaha bertahun-tahun untuk memelihara burung walit tetapi dengan sekelip mata kerajaan zalim ini memaksa kami merobohkan sumber rezeki kami,” katanya yang ditemui selepas perhimpunan tersebut.

Tan berkata, walaupun sering melaung-laungkan prinsip keadilan, kerajaan negeri tidak sepatutnya hanya bersikap adil kepada satu pihak tetapi zalim kepada pihak yang lain.

Berkuat kuasa 1 Januari lalu, kerajaan negeri mengarahkan pengusaha burung walit yang tidak berdaftar perlu berpindah dari kawasan Tapak Warisan atau berhadapan tindakan undang-undang. – Utusan

Komen-komen
  1. Cak Mat berkata:

    Kami memiliki Bambu Pethuk Asli yang hendak kami jual,
    Kondisi benda:

    1. Jenis bambu kuning
    2. Panjang antar ruas 4 cm
    3. Diameter ruas 3.2 cm
    4. Asli pethuk alami, hanya alis bambu hilang sewaktu digosok dibersihkan (karena belum faham)

    Kami menawarkan berdasarkan ‘kelangkaan’ dan ‘keunikan’ atas keberadaan bambu pethuk yang asli tersebut. Meski tidak ada alis tetap saja itu adalah barang langka.

    Kami membuka penawaran dengan harga Rp. 25.000.000,-
    Mungkin ada yang berminat menawar dengan harga lebih rendah atau justru menaikkan harga tersebut, kami sangat berterima kasih.

    Hubungi kami : Rachmat – 0813 1412 5969

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s