My Halal Bazaar sasar RM100,000

Posted: April 18, 2011 in Uncategorized

SHARIFAH Hashim (berbaju merah) diberi penerangan oleh salah seorang pemilik gerai PKS yang menyertai My Halal Bazaar di Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 25 Mac – Penganjuran My Halal Bazaar yang bermula hari ini di tempat letak kenderaan pasar raya Giant Kelana Jaya dijangka mampu menjana pendapatan keseluruhan melebihi RM100,000 daripada 32 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menyertainya.

Terdapat pelbagai jenis produk PKS milik bumiputera yang dipasarkan antaranya kerepek, keropok lekor, susu tepung bayi, kek dan kuih-muih, jus buah-buahan dan sarang burung walit, produk kecantikan dan pakaian.

Ketua penganjurnya, Mansor Eusof berkata, pihaknya yakin jangkaan itu mampu dicapai lebih-lebih lagi ia dilangsung pada hujung bulan ketika golongan pekerja memperolehi gaji bulanan.

Katanya, berdasarkan kajian, kadar jualan di pasar raya akan meningkat lebih 60 peratus semasa minggu terakhir setiap bulan (selepas dapat gaji).

“Tambahan lokasi ini terletak dikawasan golongan berpendapatan tinggi. Sekitar 50,000 orang dijangka mengunjungi pameran di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada awal tahun ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi tahun 2010, hanya lapan peratus sahaja produk PKS bumiputera yang dijual di pasar raya besar berbanding sasaran 30 peratus oleh kementeriannya.

Ismail juga berkata, sebanyak 80 peratus produk PKS bumiputera yang dijual hanya berasaskan makanan, sedangkan ia perlu dipelbagaikan.

Atas gesaan Ismail Sabri, Mansor telah melihat peluang untuk menganjurkan program yang mengumpulkan semua jenis PKS tempatan khususnya bumiputera yang menghasilkan produk halal.

Mansor yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Tesco menyatakan, beliau mengetahui apakah punca sebenar PKS dan pasar raya sukar mencari kata sepakat dalam memberikan peluang kepada PKS memperolehi ruang niaga.

Oleh itu katanya, tujuan utama pameran tersebut adalah untuk membawa produk PKS memasuki pasar raya utama dalam negara.

“Saya tahu apa PKS perlu lakukan pada produk supaya dapat memasuki pasar raya. Diharap, pameran ini dapat membuka mata pasar raya utama terhadap potensi produk tempatan,” katanya.

Penganjuran itu mendapat sokongan daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan berlangsung sehingga 3 April depan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Industri Asas Tani FAMA, Sharifah Hashim memuji My Halal Bazaar kerana ia selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu pihak swasta membantu mengembangkan ekonomi negara.

Mana-mana pihak yang berminat dengan penganjuran tersebut boleh menghubungi Mansor di nombor 019-3311789 atau layari laman sesawang http://www.myhalfood.com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s