Perpaduan jadi asas kekuatan ekonomi Rompin

Posted: Februari 22, 2011 in Uncategorized

Wee Kau Hing


 

 

KEAMANAN dan keharmonian negara yang dipelihara selepas negara mencapai kemerdekaan adalah hasil perpaduan antara kaum. 

Walaupun terdapat pihak tertentu yang cuba mengugat keamanan negara tetapi keutuhan institusi perpaduan itu sendiri menjadikan negara dihormati oleh para pemimpin luar.

“Bagi saya asas perpaduan itu terletak pada masyarakat itu sendiri dan ia boleh dilihat di kawasan Rompin ini apabila masyarakat hidup aman damai tanpa sebarang gangguan,” kata Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Rompin, Datuk Wee Kau Hing.

Kau Hing berkata, Rompin yang dulunya terkenal dengan hasil laut dan hutan kini menuju bidang baru apabila menceburi industri burung walit.

Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. FAIRUZ YUSOF bersama jurugambar, Mahathir Ali mengupas soal perpaduan dan perniagaan burung Walet yang diusahakan oleh Kau Hing di Rompin.

 

UTUSAN MALAYSIA: Sepanjang Datuk tinggal di Rompin, apa yang dapat dilihat terhadap pembangunan di kawasan ini.

KAU HING: Saya menetap di sini sejak 31 tahun lalu iaitu bermula pada tahun 1981.

Sepanjang berada di sini saya melihat perpaduan antara kaum sangat rapat dan saling menghormati antara satu sama lain.

Suasana itu bertambah harmoni apabila setiap kaum mengadakan rumah terbuka mengikut perayaan masing- masing dan dihadiri oleh pelbagai bangsa untuk meraikannya.

Saya juga tidak ketinggalan untuk mengadakan rumah terbuka apabila ramai yang mengunjunginya tanpa mengira latar belakang kaum dan budaya.

Selain itu, sepanjang saya tinggal di sini tidak nampak berlaku perselisihan faham sesama kaum. Malah hubungan itu cukup erat dengan penganjuran aktiviti tertentu melibatkan semua lapisan masyarakat.

Adakah bahasa Malaysia menjadi penghubung erat kaum-kaum di daerah ini.

Masyarakat di Rompin kalau dilihat secara kasarnya penggunaan bahasa Malaysia di kalangan kaum Cina bagus kerana pertuturan mereka lancar.

Ini kerana kaum itu sering berbual dengan masyarakat Melayu menyebabkan bahasa Malaysia mereka fasih dan lancar.

Jika dibandingkan di kawasan lain, Rompin dilihat lebih rapat hubungan sesama kaum. Saya berkata demikian kerana kawasan ini tidak besar dan kadangkala dalam sehari kita boleh berjumpa dua atau tiga kali orang yang sama.

Jadi, bukan setakat kenal orang sahaja tetapi dengan namanya pun kita boleh kenal.

Apakah aktiviti yang akan dilakukan seterusnya bagi merapatkan hubungan kaum di Rompin.

Pada 17 Februari ini, saya akan mengadakan pesta Capgome di kawasan terbuka bagi membolehkan semua kaum menghadirinya.

Saya juga menjemput beberapa pemimpin tempatan seperti Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam, Senator Datuk Maznah Mazlan.

Program yang dijangka dihadiri 2,000 orang itu mempunyai keunikan sendiri kerana ia tidak dibuat di dewan tetapi di atas padang.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Rompin, apakah strategi Datuk dalam mengukuhkan perpaduan.

Saya cuma mahukan masyarakat hidup aman dan harmoni serta mengeratkan hubungan sesama mereka.

Jadi, bagi mengukuhkan hubungan itu, saya mengadakan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina. Tujuannya adalah satu iaitu mengeratkan hubungan masyarakat di kawasan ini.

Begitu juga dengan penganjuran pesta Capgome apabila para pemimpin dapat turun padang dan ahli-ahli perniagaan lain boleh mengadakan dialog dengan pemimpin terbabit dalam menyelesaikan masalah mereka.

Apakah harapan Datuk terhadap pembangunan dan kemajuan di Rompin.

Harapan saya mahu melihat masyarakat di sini terus hidup aman damai dan peranan pemimpin tempatan telah berjaya mengekalkannya.

Perkara itu penting kerana semakin hari bilangan pelancong yang datang ke sini meningkat kerana terdapat beberapa produk pelancongan yang meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Selain itu, penglibatan usahawan baru dalam industri hasil langit iaitu burung walet berjaya mengubah landskap ekonomi di sini.

Dahulu, daerah ini terkenal dengan hasil laut dan hutan tetapi kedua-dua sumber itu semakin kurang dan beralih kepada ternakan sarang burung walet.

Pada pesta itu nanti, saya akan menyampaikan ucapan mengenai perkembangan perniagaan burung walet di sini supaya para pemimpin mengetahui bahawa industri itu mampu diperluaskan pada masa akan datang.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s