Kampung penuh masalah makin sepi

Posted: Februari 22, 2011 in Uncategorized
Oleh RAHIMAH MOHAMED
editjohor@utusangroup.com.my
 

salah sebuah rumah yang ditinggalkan oleh penduduk Kampung Parit Kerinci, Pontian.

 


PONTIAN 18 Feb. – Kampung Parit Kerinci pada asalnya seperti perkampungan lain yang mempunyai ramai penduduk.

Namun kini, satu demi satu penghuninya berhijrah ke tempat lain untuk menikmati kehidupan lebih selesa ekoran kemudahan di kampung berkenaan yang jauh ketinggalan berbanding yang lain.

Antara masalah yang menjadi rungutan penduduk kampung tersebut yang terletak di Kawasan 7 dan 8 di sini itu adalah keadaan jalan yang sentiasa berdebu kerana tidak berturap dan berlubang sejak dahulu.

Seorang penduduk, Abdul Jalil Amri, 60, berkata, jalan di kampung itu amat teruk sejak beberapa tahun lalu kerana hampir keseluruhannya berlubang dan berlopak.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila tiba musim hujan dengan lopak yang besar dan dalam menakung air menjadi seperti ‘perangkap maut’ kepada pengguna.

Katanya, jalan tersebut juga merupakan jalan pintas bagi penduduk Kampung Parit Basilam dan Kampung Parit Haji Adnan yang berdekatan untuk ke Pekan Kayu Ara Pasong.

Abdul Jalil mendakwa, jalan ke kampung berkenaan rosak teruk kerana dilalui oleh kenderaan berat yang sering berulang alik untuk mengangkut hasil tanaman jagung dan ternakan ayam yang diusahakan di kawasan tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan, ladang jagung, reban ayam dan rumah burung walit yang diusahakan di situ bukan milik penduduk kampung tersebut.

Akibat tidak tahan dengan keadaan berkenaan, puluhan keluarga yang sebelum ini mendiami kampung tersebut ‘melarikan’ diri ke tempat lain dan kini hanya lima keluarga yang masih menetap di situ.

Seorang bekas penduduk kampung tersebut, Khairul Borhanuddin, 36, pula mendakwa, punca segala masalah yang mengganggu ketenteraman penduduk kerana kewujudan reban ayam, rumah burung walit dan ladang jagung yang diusahakan orang luar sejak dua tahun lalu.

Oleh kerana tidak tahan dengan pelbagai masalah yang dihadapi, dia terpaksa berhijrah ke kawasan lain yang meminta bantuan Abdul Jalil yang juga jirannya untuk menjaga rumah pusaka peninggalan arwah bapanya.

Menurutnya, penduduk kampung tersebut turut tertekan dengan persekitaran yang dikotori dan dicemari najis ternakan dan hama serta bunyi bising burung walit kerana reban ayam dan rumah burung terletak berdekatan dengan kampung mereka.

Abangnya, Shafarudin, 40, pula memberitahu, keretanya juga sering rosak akibat melalui jalan yang berlubang dan berlopak.

“Pelbagai masalah yang dialami menyebabkan ramai penduduk kampung berpindah kerana tidak tahan lagi dengan keadaan ini,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan baru-baru ini.

Justeru, untuk mengembalikan keceriaan dan menarik semula penduduk kampung berkenaan menetap di situ, dia meminta pihak berkaitan termasuk kerajaan negeri dan wakil rakyat segera menyelesaikan masalah tersebut demi kebaikan semua pihak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s