Ganggu keselesaan penduduk

Posted: Februari 16, 2011 in Uncategorized
Saudara Pengarang,
 

SARANG burung walet yang dibina di atas bangunan menganggu ketenteraman awam dan kesihatan penduduk di bandar Jerantut.

 


Tidak dinafikan industri ternakan burung walet semakin mendapat permintaan tinggi sehingga mendorong beberapa pihak membina sarang burung di kawasan bandar.

Jika dilihat daripada segi keuntungan, sememangnya ia memberi pulangan lumayan kerana sarang burung itu memberi pelbagai khasiat kepada mereka yang memakannya.

Dengan pelbagai saiz dan warna, tidak mustahil harga yang dijual agak tinggi dan mengubah kehidupan pengusaha yang baru menceburi bidang tersebut.

Bagaimanapun, saya selaku salah seorang penduduk di Jerantut ingin meluahkan kebimbangan mengenai industri itu yang didapati menganggu ketenteraman dan kesihatan orang ramai di bandar daerah ini.

Sejak akhir-akhir ini didapati banyak tempat sarang burung walit dibina di atas bangunan kosong yang berpotensi untuk dijadikan tempat tinggal haiwan itu.

Bunyi bising daripada pembesar suara yang dipasang oleh pengusaha terbabit di bangunan tertentu menyebabkan para penduduk di bandar itu merasa tertekan dan sedikit terganggu kehidupan seharian sebelum ini.

Pembinaan sarang di bangunan tertentu yang dilihat tidak terkawal menyebabkan kalangan penduduk tidak menyenangi dengan keadaan itu.

Malah, perusahaan itu yang dilakukan tanpa kawalan menyebabkan berlakunya gangguan bunyi bising, pencemaran persekitaran dan turut menjejaskan kesihatan.

Letih juga rasanya setiap kali melihat keadaan luar rumah yang kotor dengan najis burung tersebut menyebabkan saya serta beberapa penduduk lain terpaksa membersihkannya setiap hari.

Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit terutama selesema burung.

Walaupun nampak remeh tetapi jika dibersihkan setiap hari akan menimbulkan kemarahan kalangan penduduk.

Saya memuji langkah Majlis Daerah Jerantut yang mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini daripada terus serius.

Tidak membenarkan pembinaan sarang burung walit di kawasan bandar dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha yang gagal mematuhi perkara tertentu perlu diteruskan supaya masalah tersebut tidak berlarutan lagi.

Oleh itu, saya berharap supaya pihak berkuasa terus memantau perkara tersebut demi memastikan kesejahteraan dan kesihatan penduduk terpelihara.

Keuntungan boleh dicari tetapi ketenteraman adalah kehidupan paling baik yang dinikmati oleh masyarakat di sini.

Yusof Ismail

Jerantut

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s