Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara diteruskan?

Posted: Januari 14, 2011 in Uncategorized

PUTRAJAYA 10 Jan. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengemukakan rayuan kepada Kabinet untuk meneruskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara tahun ini bagi memastikan bekalan kepada rakyat mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, langkah mengekalkan dasar tersebut bertujuan membolehkan peruntukan tambahan daripada kerajaan untuk meningkatkan produk pertanian sejajar dengan pertambahan penduduk negara.

Menurutnya, di bawah dasar tersebut, peruntukan tambahan merangkumi pelbagai bentuk bantuan akan diberikan kepada petani dan penternak untuk tujuan pembangunan serta keperluan produk pertanian.

“Ini termasuk pemberian insentif padi, sayur dan beberapa hasil pertanian lain kepada mereka yang terlibat.

“Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara dari 2008 hingga 2013 menyaksikan peruntukan sebanyak RM3 bilion diberikan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru kementerian itu di Wisma Tani di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Hashim Abdullah.

Noh berkata, untuk padi sahaja, peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta diperlukan di bawah dasar tersebut bagi memastikan bekalan makanan itu tidak terjejas.

Menurutnya, pada tahun ini, peruntukan sebanyak RM1.54 bilion disediakan bagi meningkatkan pengeluaran padi beras negara dalam bentuk bantuan kepada pesawah padi.

“Antara bentuk bantuan itu ialah subsidi baja bernilai RM409 juta, subsidi harga padi (RM480 juta), subsidi benih padi sah (RM85 juta), insentif pengeluaran padi (RM150 juta), insentif peningkatan hasil padi (RM80 juta) dan subsidi harga beras (RM167 juta),” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peruntukan sebanyak RM1.6 bilion dalam tempoh dua tahun (2011-2012) diberikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) kepada kementerian di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk pelaksanaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, RM821.4 juta diperuntukkan untuk tahun ini melibatkan 11 projek terpilih.

“Peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan Zon Akuakultur Bersepadu berskala besar, meningkatkan produktiviti pengeluaran padi, meningkatkan integrasi ternakan dengan kelapa sawit dan menggalakkan jalinan kerjasama antara pengeluar buah-buahan dengan syarikat peneraju.

“Selain itu, ia akan digunakan untuk melaksanakan projek ternakan ikan dalam sangkar berteknologi tinggi, membangunkan kluster susu, menggalakkan petani menceburi industri sarang burung walit dan membangunkan industri benih,” katanya.

Komen-komen
  1. arif berkata:

    asmekom..sye nk cari pembekal makanan burung walet,bleh bg sye alamat dan nbr tel pembekal tsbut kalau ade..tp kt semenanjung je ea..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s