Kementerian Pertanian berusaha banyakkan gamat di Langkawi

Posted: Disember 29, 2010 in Uncategorized

2010/12/11

LANGKAWI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berusaha memperbanyakkan gamat di perairan Langkawi kerana hidupan laut itu dipercayai semakin pupus.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Johari Baharom, berkata untuk tujuan itu, Jabatan Perikanan sedang mengenalpasti kawasan berpotensi bagi menternak gamat.

“Kita tidak mahu hidupan laut yang suatu ketika dulu banyak terdapat di perairan Langkawi menjadi pupus,” katanya selepas merasmikanProgram Pemimpin Bersama Rakyat bagi Parlimen Langkawi di Taman Agro Teknologi MARDI di sini, semalam.

Katanya, gamat mempunyai banyak jenis dengan ada yang diproses membuat ubat dan boleh dimakan, yang dijual pada harga tinggi.

Beliau berkata, penduduk Langkawi terkenal dengan gamat yang diproses menjadi air, minyak, bam dan sabun gamat.

Sementara itu, Mohd Johari menyarankan penduduk Langkawi termasuk nelayan dan petani supaya mewujudkan produk unik yang berasaskan pertanian dan industri asas tani bagi menarik lebih ramai pelancong ke pulau peranginan ini.
Beliau berkata, sebagai contoh Pulau Tuba, yang merupakan perkampungan nelayan, berpotensi mengadakan Inap Desa membabitkan seluruh masyarakat di situ dengan menyediakan pelbagai tarikan seperti makanan, aktiviti malam dan memancing kerana pelancong asing mahu merasai kelainan dan keunikan yang tidak terdapat di tempat mereka.

Katanya, Pulau Tuba perlu ditingkatkan tahap kebersihan serta diceriakan dengan landskap serta tanaman kelapa pandan yang boleh dinikmati pelancong dan beliau meminta Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) untuk membantu.

Selain itu, beliau mengarahkan Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menjadikan Selat Bagan Nyior Kuah berhampiran pulau Tuba sebagai zon memancing dalam usaha menarik pelancong kerana kawasan itu tidak boleh memukat.

Beliau turut menyarankan siswazah merebut peluang dalam bidang pertanian yang terbuka luas sebagai sumber pendapatan lumayan seperti ternakan burung walit dan ikan hiasan.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sijil Program Pembangunan Usahawan Kiosk Kebab Siswazah dan Belia Tani kepada enam peserta dengan setiap seorang menerima pinjaman RM10,000. Pameran pelbagai produk di bawah jabatan dan agensi

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membabitkan lebih 10 gerai turut memeriahkan pogram itu. – BERNAMA

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s