Pengusaha burung walet dikesan curi air

Posted: Disember 22, 2010 in Uncategorized
 

KAKITANGAN Syarikat Air Negeri Sembilan menunjukkan saluran paip haram sebuah rumah kedai selepas mendapati premis berkenaan mencuri air ketika mengadakan operasi di Bandar Baru Nilai 1, semalam.

 


SEREMBAN 9 Dis. – Sudahlah degil, berlagak pula sehingga undang-undang berani dilanggar oleh sekumpulan pengusaha burung walet di Bandar Baru Nilai 1, dekat sini.

Inilah senario yang dapat dirumuskan terhadap kumpulan degil ini selepas tiga kali Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bertindak menyerbu beberapa premis yang menjalankan perusahaan tersebut kerana dikesan mencuri air bagi digunakan untuk operasi hariannya.

Terkini, sebuah lagi premis rumah kedai dua tingkat di kawasan yang sama diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Penguatkuasaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) atas kesalahan tersebut, di sini hari ini.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Sains, Azlan Abdul Aziz berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pengusaha terbabit didapati telah melakukan penyambungan air secara haram dan tidak sah.

“Hasil pemeriksaan, kami mendapati premis ini telah menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm) yang disambungkan secara haram ke paip utama milik Sains.

“Ini merupakan kali ketiga kita melakukan serbuan di kawasan ini yang kesemuanya membabitkan perusahaan burung walit,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azlan, dalam operasi tersebut, pihaknya turut merampas paip terbabit untuk dijadikan sebagai bahan bukti kes.

Jelasnya lagi, ketika serbuan, pihaknya juga telah menjalankan ujian klorin dan mendapati bahawa air yang dicuri itu sememangnya merupakan air terawat milik Sains.

“Pihak kami telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengusaha terbabit bagi tujuan menuntut semula kos air yang telah dicuri.

“Pada masa yang sama, pengusaha tersebut juga akan didakwa di bawah Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006,” katanya.

Katanya, jika disabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Azlan turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin melaporkan sebarang kes kecurian air dengan menghubungi talian bebas tol Sains iaitu 1-800-88-6982.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s