Sarang Emas Walit Cecah Rm 45,000.00 Sekilogram

Posted: Disember 3, 2010 in Uncategorized

Berita Terkini yang bertarikh 01.12.2010 keluaran Utusan Malaysia kelmarin betul-betul memeranjat seluruh Penternak-penternak Industri sarang Burung Walit di Malaysia dan Indonesia dan juga termasuk saya sendiri. Inilah harga yang terbaru kita ketahui setakat ini, harga semahal ini sudah sudah cukup untuk membuat kita menjadi seorang  Jutawan Pantas dalam Industri ini.

Tahniah dan syabas buat pengusaha yang berjaya menjual sarang-sarang walit hasil dari usaha nya sendiri, semoga selepas ini ramai lagi diantara pengusaha-pengusaha yang berjaya menjual sarang walit semahal ini. Anda mampu bergelar Bilionaire tidak sampai 1 tahun mengusahakan Industri ini. Sekiranya setiap Rumah Walit anda boleh menghasilkan 10 kilogram setiap bulan dikalikan dengan Rm 45k sama dengan : Rm 450,ooo.00 di kalikan dengan 10 Buah Rumah Burung walit anda ini bermakna anda mendapat pendapatan sebanyak Rm 4,500,000.oo setiap bulan, anda telah menjadi Jutawan Senyap dengan begitu pantas sekali.

kepada pengusaha-pengusaha walit yang sudah bergelar Bilionaire Walit dalam Industri ini semoga dengan keikhlasan hati dapat membantu para pengusaha-pengusaha lain yang mana masih lagi mencari Buyer Walit semahal itu setakat ini.

Jenis Sarang walit yang dikatakan mahal itu adalah dari Jenis Sarang walit bewarna kemerah-merahan yang masih lagi belum diproses. Memang ada di antara pengusaha walit sudah mendapat hasil sebanyak itu namun masih mendiamkan diri. Bagi mereka Lubuk Emas yang mereka perolehi kenapa perlu dikongsikan dengan Orang Lain. Sikap Tamak Manusia masih Tebal sehingga ke hari ini, sudah menjadi Lumrah pada setiap manusia.

Harga Sarang burung walit yang begitu mahal menyebabkan ramai orang berlumba-lumba untuk membina Rumah Burung walit ini hingga menganggu ketenteraman awam, bunyi bising yang tidak terkawal yang di keluarkan dari Rumah-rumag walit ini benar-benar merunsingkan penduduk sekitarnya. diharapkan para penternak-penternak walit dapat mengawal keadaan bunyi bising ini.

Industri menternak burung walit ini sangat cerah,institusi perbankan telah mula sedar dan mula menyediakan pinjaman-pinjaman buat penternak-penternak baru yang dikenal pasti berkelayakan dalam memohon pinjaman dalam Industri Walit ini.

permintaan terhadap sarang-sarang burung walit ini sangat tinggi, pelbagai Prodak berasaskan minuman kesihatan serta pemakanan kesihatan telah diperluaskan oleh pengilang-pengilang Tempatan diMalaysia. Orang ramai sudah mula sedar akan khasiat yang ada dari sarang burung ini.

Selagi ada permintaan terhadap sarang burung walit selagi itulah harganya mencecah ribuan ringgit, rugi rasanya sekiranya anda yang mempunyai Tanah persendirian tidak menceburi dir dalam Industri ini. Jangan biarkan tanah anda dipenuhi semak samun belukar yang bermaharajalela jadikan ianya sumber-sumber pendapatan kedua anda.

 

Komen-komen
  1. siti berkata:

    saya mempunyai tanah sawah terbiar di kampung. bagaimana anda boleh bantu saya agar perusahaan ini dapt saya ceburi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s