Sentral: Hutan simpan diceroboh Oleh Badrul Kamal Zakaria bhnews@bharian.com.my

Posted: November 25, 2010 in Uncategorized

2010/06/14

Kawasan Sungai Janggut dibina rumah, estet burung walit

KAPAR: Sebahagian hutan simpan paya bakau di Hutan Simpanan Kekal Kapar dikhuatiri lenyap berikutan tindakan peneroka menjadikannya kediaman dan estet bagi industri burung walit yang dikatakan mampu menjana pendapatan lumayan kepada pengusahanya.

Tinjauan Sentral di kawasan itu mendapati sebanyak 46 rumah didirikan di sekitar Sungai Janggut, Kapar manakala beberapa binaan yang menjadi ‘rumah’ kepada burung walit pula semakin bertambah berikutan beberapa kawasan belukar di situ sudah mula ditebas.Penolong Pengarah Operasi dan Penguatkuasaan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata ini berlaku berikutan pertindihan peranan antara pihaknya dengan agensi kerajaan lain terutama berkaitan status tanah sama ada ia berada dalam lot tanah rizab hutan simpan mengikut Akta Perhutanan Negara (pindaan) 1993.

Katanya, pihaknya keliru dengan peranan pihak kedua dan ketiga seperti Pejabat tanah dan Majlis Daerah yang pada masa sama turut meluluskan hak pemberian tanah sementara seperti berlaku di Sungai Janggut ini.

“Dalam rekod Jabatan Perhutanan, tanah yang dibangunkan untuk kediaman dan industri burung walit ini masih dalam rizab hutan simpanan kekal tetapi ia sudah memiliki geran sementara yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau majlis daerah.

“Bagaimanapun status geran berkenaan hanya dapat diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. Jika mahkamah memutuskan pemberian geran itu sebagai tidak sah dan kawasan terbabit kekal sebagai hutan simpanan kekal, kami akan mengambil tindakan tegas termasuk merobohkan semua binaan di sini,” katanya kepada Sentral yang mengikuti lawatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor ke Hutan Simpanan Kekal Kapar, di sini, baru-baru ini.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAC, Lim Kim Sin, berkata pihaknya akan meminta Pejabat Tanah Kuala Selangor dan Majlis Daerah Kuala Selangor menghantar laporan penuh berhubung perkara itu.

“PAC akan menyiasat perkara ini dan akan dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya isu mengenai perkara ini akan dapat diselesaikan kerana kawasan hutan simpanan kekal ini bukan saja menjadi sumber ekosistem kita, malah turut menjadi habitat kepada flora dan fauna di kawasan ini.

“Kita akan meminta laporan penuh daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit mengenai pemberian geran berkenaan yang dianggap pencerobohan ke atas hutan simpanan kekal ini,” katanya.

Beliau berkata, satu siasatan penuh perlu dilakukan atas binaan di lot tanah itu seperti rumah, kedai makan, kuil dan tokong.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s