Pelan strategik Dasar Agro Makanan dikenal pasti Oleh Shahrizan Salian

Posted: November 25, 2010 in Uncategorized

2010/08/23

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani, telah mengenal pasti pelan strategik yang bakal dilaksanakannya di bawah Dasar Agro Makanan untuk mewujudkan lebih ramai usahawan tani serta memastikan sektor pertanian negara terus berdaya maju dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Bagi menjayakan dasar itu ia telah mengemukakan permohonan peruntukan berjumlah RM1.34 bilion kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Bagi program pembiayaan di bawah Agrobank, ia mengemukakan permohonan sebanyak RM640 juta, manakala RM700 juta adalah bagi program pembiayaan di bawah kendalian TEKUN.Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Hashim Abdullah, berkata dasar yang sedang digubal itu akan turut membantu mencapai matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu melahirkan golongan petani, penternak dan nelayan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kementerian telah mengenal pasti 10 langkah strategik yang bakal dilaksanakan di bawah Dasar Agro Makanan itu, katanya dalam temu bual dengan Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.

Beliau berkata, antara langkah itu ialah meneroka bidang pertanian bernilai tinggi; meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor pertanian; membabitkan sektor swasta sebagai pemacu pertumbuhan; mengukuhkan rangkaian bekalan agro makanan dan memantapkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi.

Langkah strategik lain katanya ialah persediaan untuk menghadapi kesan perubahan iklim; meluaskan amalan pertanian mesra alam, melaksanakan amalan kitar semula; membangunkan sumber manusia berkualiti serta menghasilkan pemakanan untuk kesihatan rakyat.
Daripada langkah itu, kementerian akan memberi penekanan kepada produk pertanian bernilai tinggi yang telah dikenal pasti seperti cendawan, herba, rumpai laut dan burung walit selain industri florikultur dan ikan hiasan untuk pasaran tempatan dan eksport, katanya.

Mohd Hashim menjelaskan, Dasar Agro Makanan yang sedang digubal adalah satu pelan tindakan menyeluruh industri pertanian negara bagi tempoh 2011 hingga 2020 bagi menggantikan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3).

Katanya, matlamat utama kerajaan sepanjang tempoh itu ialah memastikan hasil industri pertanian mencukupi untuk kegunaan rakyat dan berupaya untuk terus meningkatkan pendapatan daripada industri terbabit.

DPN3, yang diperkenalkan pada 1999 bagi memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada pendapatan dan eksport negara akan berakhir tahun ini.

Ia dirangka untuk meningkatkan bekalan makanan, meninggikan keluaran dan daya saing sektor, mengukuhkan pertalian dengan sektor lain dan mewujudkan sumber pertumbuhan baru. selain bertujuan memulihara dan menggunakan sumber asli negara secara mapan menggunakan pendekatan strategik iaitu pendekatan perhutanan dan berasaskan produk.

Tahun lalu, industri pertanian menyumbang kira-kira tiga peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s