Melayu mesti elak jadi burung walit, beruang madu

Posted: November 25, 2010 in Uncategorized

Analisis:

Oleh Kamal Ahmad
bhrencana@bharian.com.my
2010/10/23

Perwakilan pertikai GLC bersaing dengan usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera

ADA dua perumpamaan yang mesti dihindari orang Melayu. Pertama, jangan menjadi seperti burung walit (layang-layang). Kedua, jangan sekali-kali menjadi beruang madu. Perumpamaan ini penting diambil kira dan diinsafi kerana menjadi burung walit umpama hidup bersusah payah dan sentiasa diperalat orang lain.

Ketika air liurnya sangat berharga untuk membina sarang dan sarang itu cukup berkhasiat, malangnya sarang itu diambil orang lain dan dijual dengan harga mahal. Si walit akan membina sarangnya semula dan ia akan diambil lagi oleh orang yang sama. Orang yang berkepentingan itu sanggup membelanjakan sejumlah wang untuk membina sarang walit tetapi nyata pelaburan itu menghasilkan keuntungan berlipat ganda.Kasihan, burung walit juga tinggal dalam suasana penuh kegelapan walaupun ada sesetengah orang yang memeliharanya memasang alat pendingin hawa untuk memastikan ia tidak berpindah ke sarang lain.

Moral cerita ini, Melayu dan UMNO jangan diperalatkan selama-lamanya, apatah lagi selepas menyedarinya orang lain yang menuai hasil daripada susah payah serta hak kita.

Kita juga jangan menjadi seperti beruang madu. Ia menyelongkar sarang lebah, merosakkan kemudian meminum madunya. Yang rosak bukan setakat sarang tetapi benih lebah yang ada juga dimusnahkan. Boleh diambil iktibar di sini ialah jangan kita merosakkan parti selepas mengaut manfaat peribadi daripadanya atau jangan kita mengambil hak orang lain, apatah lagi memusnahkannya selepas kita menikmati kebaikan daripadanya.

Beberapa perkara menarik dibangkitkan perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Presiden dan usul ekonomi, semalam. Antara yang perlu diberi perhatian ialah mengkaji semula tahap persaingan yang diwujudkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan anak syarikatnya.
Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Shaffie, berkata: “GLC ini kawan atau lawan?”

Beliau mempersoalkan ‘status’ itu dalam skop persaingan dengan usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera kerana ada GLC sanggup menubuhkan agensi pelancongan atau syarikat membekalkan alat tulis, sedangkan banyak syarikat kecil Bumiputera seumpamanya beroperasi.

Lantas katanya, GLC ini wajar menumpukan operasi kepada perniagaan teras dan tidak perlu berkongsi kek dengan peniaga dan usahawan kecil Bumiputera yang sepatutnya dibantu bukan diberi saingan sengit.

Tidak merugikan jika GLC memainkan peranan mewujudkan lapisan kedua usahawan dan peniaga Bumiputera. Anak syarikat yang bukan teras elok dijual melalui konsep pengambilalihan oleh pengurusan atau MBO (managements buy-out) kepada usahawan berkelayakan serta berpotensi. Masih mengekalkan pegangan ekuiti pada tahap minoriti sekurang-kurangnya 30 peratus, GLC perlu membantu pengurusan terbabit dalam soal pengurusan tunai dan kewangan yang lazimnya lemah atau longgar sehingga syarikat gulung tikar.

Wajar juga dipertimbangkan supaya mengaitkan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dengan Pelan Transformasi Politik (PTP). Menghubungkan MTAB dengan PTP akan mewujudkan komitmen politik secara tegar dan sentiasa dalam pengetahuan Datuk Seri Najib Razak, selaku peneraju majlis itu.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s