RM67.7j biaya projek burung walit Oleh Zainab Mohd Yatim

Posted: November 25, 2010 in Uncategorized

zmy@bharian.com.my
2010/05/27

Agrobank yakin potensi eksport ke pasaran China, Taiwan dan Hong Kong

AGROBANK memperuntukkan RM67.7 juta untuk diagihkan sebagai pembiayaan kepada usahawan yang mahu menyertai projek penternakan burung walit yang sarangnya mempunyai potensi besar untuk dieksport ke pasaran seperti China, Taiwan dan Hong Kong.

Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said, berkata pembiayaan itu bagi pembinaan rumah ternakan burung dengan saiz lebih kecil yang mana kosnya antara RM10,000 hingga RM20,000.Katanya, setakat ini tiada statistik bagi mengukur potensi pasaran sarang burung berkenaan, tetapi tahun lalu Malaysia mengeksport RM1 bilion sarang burung itu ke pasaran berkenaan yang lazimnya digunakan sebagai bahan mentah bagi pengeluaran makanan tambahan.

“Industri burung walit masih baru dan mempunyai potensi besar. Harga pasaran semasa sarang burung itu kini adalah antara AS$2,000 (RM6,600) hingga AS$3,000 (RM9,900) sekilogram.

“Malah ada lokasi tertentu di negara ini seperti Kelantan yang mampu menghasilkan sarang burung lebih berkualiti dan mampu meraih harga lebih menarik kira-kira RM12,000 sekilogram,” katanya pada sidang di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Said berkata, kemudahan pembiayaan itu yang dilancarkan pertengahan bulan ini, ditawarkan kepada semua warga negara tidak mengira bangsa yang berumur 18 tahun ke atas, sama ada pernah atau belum pernah menceburi bidang perniagaan atau mahu mengembangkan perniagaan sedia ada.
Katanya, skim pembiayaan itu dikenakan kadar faedah tetap 3.75 peratus setahun.

Dalam memberikan kelulusan, Ahmad berkata, Agrobank turut menimbangkan lokasi rumah ternak kerana ada lokasi yang tidak dapat membantu perkembangan dan kehadiran burung berkenaan, yang secara tidak langsung boleh menjejaskan penghasilan sarang.

Beliau menjelaskan, cabaran utama dalam industri ternakan burung walit ini adalah tapak operasi, yang lazimnya merangkumi sebahagian besar kos operasi.

Katanya, Agrobank mula menawarkan dana pembiayaan ternakan burung walit sejak 2008 dengan tumpuan kepada projek bersaiz besar, dengan kos pembinaan rumah ternak antara RM150,000 hingga RM600,000 seunit dan hingga kini sejumlah RM6.3 juta sudah disalurkan kepada 42 orang pengusaha.

Katanya, dana terbaru bagi perusahaan berkenaan disalurkan sebagai sebahagian daripada usaha Agrobank untuk membiayai perniagaan baru, khususnya bersaiz kecil dan sederhana.

“Pembiayaan yang kami salurkan ketika ini sebahagian besarnya bagi membiayai projek perladangan, khususnya sawit yang juga komoditi utama negara dan satu daripada penyumbang utama ekonomi negara.

“Kini kami sedang berusaha lebih gigih untuk mengenalpasti perusahaan baru yang secara tidak langsung berupaya menjana usahawan baru untuk terbabit dalam bidang yang berpotensi,” katanya.

Komen-komen
  1. william b stephanus berkata:

    bagaimana sy nak menceburi bidang peternakan burung walit ini,

  2. yusri berkata:

    saya ada tanah dikawasan dikelilingi sawah di perak..(teluk intan)berminat utk diusahakan tapi tiada modal.sapa yg brminat buat usaha sama boleh call saya 0122185691

  3. Sulaiman berkata:

    boleh buat temujanji untuk perbincangan tenmtang sarang burung walet? Sila balas…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s