Sabah bersedia hadapi banjir – Musa

Posted: November 24, 2010 in Uncategorized

KOTA KINABALU 18 Nov. – Sabah sudah menyediakan pelan pemindahan dan pengagihan bantuan sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim tengkujuh ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, bilik gerakan banjir di setiap daerah juga bersedia beroperasi sebaik sahaja bencana itu berlaku.

Menurutnya, pegawai daerah sendiri berperanan sebagai pengerusi bencana alam di kawasan masing-masing bagi memudahkan penyaluran bantuan dan gerakan menyelamat dilakukan.

”Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Sukarti Wakiman) yang juga Pengerusi Bencana Alam Sabah sudah diarah supaya bersedia menghadapi bencana ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di Tapak Tamu Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Tanjung Lipat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Juhar Mahiruddin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri supaya menyusun semula profil penyertaan para petani, penternak dan nelayan dalam sektor pertanian.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan usaha kerajaan mengeluarkan golongan itu daripada belenggu kemiskinan berjaya mencapai matlamat.

Selain itu jelasnya, penyusunan semula itu sebagai pemangkin terhadap transformasi mengurangkan import beras dan daging.

“Kumpulan ini perlu disusun semula agar stigma kemiskinan yang sering dikaitkan dengan sektor pertanian dapat dikikis.

“Sektor pertanian merupakan bidang yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan dan ini terbukti menerusi pencapaian masyarakat pertanian di negara-negara maju,” katanya.

Sementara itu Musa memberitahu, empat sektor baru iaitu hortikultur, produk herba, burung walit dan rumpai laut dikenal pasti berpotensi dimajukan di negeri ini.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan negeri dan Persekutuan akan berganding bahu menyediakan peruntukan besar bagi membantu petani, penternak dan nelayan menceburi industri ini,” ujarnya.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s